Lagu Kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, berperanan membangkitkan semangat patriotik terhadap negara sambil memaparkan cita-cita, hasrat dan harapan negara Malaysia. Lirik lagu “Negaraku” menyeru rakyat dari pelbagai bangsa, agama dan sosio-budaya supaya hidup bersatu padu dan mengejar kemajuan.
Lirik lagu “Negaraku” adalah seperti berikut:
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Lagu Kebangsaan: