CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.


Selain daripada 13 negeri ini, terdapat tiga Wilayah Persekutuan, yang ditadbir di bawah kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pada masa ini terdapat tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi tidak mempunyai ketua negeri atau perundangan sendiri.


Seperti di peringkat Kerajaan Persekutuan, di peringkat Negeri juga terdapat pengagihan kuasa pemerintahan di antara Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan sebagai menepati syarat sistem demokrasi berpersekutuan yang menjadi asas pentadbiran negara ini.


Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia.

Persekutuan dan Negeri.html
Pautan Berguna
Topik Relevan
Perkhidmatan