Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut: