CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
FAEDAH 

Portal Perkhidmatan Awam myGovernment menawarkan maklumat dan perkhidmatan kerajaan yang lebih meluas. Ia direka khas sebagai laluan tunggal untuk orang awam mendapatkan maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia menerusi Internet. Melalui myGovernment, pengguna dihubungkan dengan lebih daripada 900 laman-laman web agensi kerajaan di pelusuk negara.

Sebagai tambahan, Portal Perkhidmatan Awam myGovernment turut menjanjikan faedah dan keistimewaan kepada penguna yang berdaftar dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • Laman myPortal. Pengguna yang berdaftar dapat menetapkan personalisasi atau tanda peribadi pada kandungan bagi halaman ini mengikut keperluan dan keutamaan individu.
  • Tambahan pada perkhidmatan dalam talian. Kesemua perkhidmatan tambahan dalam talian ini boleh didapati di portal myGovernment, dan hanya boleh digunakan oleh pengguna-pengguna yang berdaftar sahaja.
  • Pautan-pautan Kegemaran. Ini boleh dibahagikan kepada 2 seksyen; Pautan-pautan Kerajaan dan Pautan-pautan Dalam Talian. Perkhidmatan ini menyenaraikan laman-laman web kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang terdapat dalam portal ini. Pengguna berdaftar boleh menetapkan personalisasi atau tanda peribadi pada seksyen-seksyen ini dengan memilih dari senarai laman-laman web dan pautan-pautan perkhidmatan dalam talian kerajaan.
  • Transaksi Dalam Talian yang menyenaraikan semua urus niaga dalam talian yang dijalankan sepanjang 6 bulan oleh pengguna berdaftar. Melalui perkhidmatan ini, pengguna tersebut mampu mengesan status transaksi dalam talian yang dilaksanakan. (Nota: Hanya transaksi yang terdapat dalam portal myGovernment sahaja akan dikesan. Transaksi dalam talian yang dikendalikan di laman-laman web agensi kerajaan yang lain tidak diselenggarakan dalam senarai ini.)
  • eDokumen Saya. Pengguna yang berdaftar boleh memuat naik dan menyimpan dokumen-dokumen (e.g. salinan kad pengenalan (IC), gambar berukuran pasport dll) di dalam portal myGovernment. Dokumen-dokumen ini selalunya diperlukan sebagai dokumen sokongan apabila berurusan dalam talian dengan agensi-agensi kerajaan.
  • Pusat Penyampaian Mesej. Pengguna yang berdaftar boleh menghantar dan menerima mesej kepada dan daripada agensi-agensi kerajaan untuk sebarang pertanyaan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan.
  • Perkhidmatan Komuniti. Pengguna yang berdaftar boleh menyertai pelbagai komuniti, dan boleh menghantar dan menerima mesej kepada dan daripada komuniti-komuniti ini melalui Pusat Penyampaian Mesej.
  •       Muat turun Aliran Proses Pendaftaran - myPortal Sign Up.pps

      

    Pautan Berguna
    Topik Relevan
    Perkhidmatan



    NOTA : Video ini memerlukan plugin Window Media Player