Kerajaan telah menubuhkan pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia bagi
memenuhi keperluan pendidikan tinggi bagi mereka yang berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran selepas alam persekolahan menengah.
Kerajaan menyedari akan kepentingan pendidikan peringkat tinggi dalam
usaha membangunkan negara untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Lantaran itu, banyak universiti telah ditubuhkan di
setiap negeri di seluruh Malaysia. Langkah ini diharap dapat membantu
merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga manusia
yang berpengetahuan, berkemahiran, berkualiti dan berdaya saing dalam
menghadapi arus globalisasi.
Berikut adalah laman web rasmi bagi universiti-universiti dan
institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk rujukan anda.
Sila layari senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut: