Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan
formal anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun
pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari
pendidikan sekolah rendah.
Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran.
Untuk tujuan ini, satu
kurikulum yang seragam
telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan nasional
merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi
kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai
UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.
Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia
enam tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan
sekolah menengah. Ibubapa dikehendaki untuk
mendaftarkan anak-anak mereka di
mana-mana sekolah rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh
tahun. Ini adalah untuk memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa
yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-sekolah yang berdekatan di
kawasan anda.
Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah
lain di atas alasan-alasan tertentu.
Pautan di bawah menyediakan maklumat lanjut mengenai topik ini: