Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di
mana asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah
dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi
pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional.
Pendidikan di tahap ini di kawal oleh
Kementerian Pelajaran. Satu
kurikulum yang seragam
telah diaturkan bagi memastikan pembelajaran yang konsisten.
Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai melalui
beberapa peringkat peperiksaan am.
Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun
dan berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam
transisi daripada peringkat rendah ke menengah memerlukan pendaftaran
yang berdasarkan pendidikan rendah mereka.
Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke
sekolah lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.
Klik pada senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut :