Malaysia manggalakkan warganegara
asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini. Warga asing boleh
mendaftarkan diri di mana-mana sekolah atau universiti awam pilihan mereka.
Pendaftaran ke Sekolah Awam
Warganegara asing boleh mendaftarkan
anak mereka ke sekolah awam jika anak mereka termasuk di dalam
kategori-kategori yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran.
Klik
di sini untuk maklumat lanjut mengenai
pendaftaran pelajar bukan warganegara ke sekolah-sekolah awam.
Pendaftaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
Untuk pendaftaran di IPTA, anda perlu:
-
Memohon secara terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar
Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas untuk
bukan warganegara yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
-
Pelajar bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (Unit Pusat
Universiti) untuk permohonan kemasukan ke IPTA.
Klik
di sini untuk maklumat lanjut tentang pas pelajar yang dikeluarkan
oleh Jabatan Imigresen
Kemasukan Pelajar Warganegara Asing ke Institusi Pengajian Awam.htm