CariGo Search
myGovernment > Bahasa Malaysia > Topik Relevan > Pekerjaan dan Latihan > Warganegara > Faedah Pekerja dan Sumbangan
Pautan Berkaitan

Faedah Pekerja dan Sumbangan

Para pekerja di Malaysia berhak untuk menyertai mana-mana skim yang disediakan khas untuk insurans sosial dan faedah persaraan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan skim yang menyediakan faedah persaraan untuk semua ahlinya melalui pengurusan simpanan yang cekap dan boleh dipercayai. Skim simpanan ini dilaksanakan ke atas setiap pekerja melalui sumbangan daripada perkerja dan majikan.

KWSP juga menyediakan sistem yang http://www.mohr.gov.my/memudahkan majikan melaksanakan tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka kepada pekerja mereka. Pekerja dan majikan di sektor kerajaan dan swasta diwajibkan mencarum secara bulanan kepada KWSP (kecuali kakitangan kerajaan yang berpencen). Berikut adalah kemudahan-kemudahan dalam talian dan juga maklumat mengenai KWSP:

  • Pendaftaran KWSP
  • Maklumat Ahli
  • Interaktif melalui i-Akaun

  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan skim keselamatan sosial yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban, menjamin pembayaran faedah dan melindungi pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya, penyakit dan sebagainya. Pekerja berpendapatan RM3000 dan ke bawah dan majikan di sektor swasta perlu membayar caruman setiap bulan. Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO:

  • Maklumat Pendaftaran PERKESO
  • Kakitangan awam yang berkhidmat untuk Kerajaan Malaysia juga layak untuk menerima pelbagai faedah, termasuklah:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Cuti
  • Faedah Perumahan
  • Selain daripada itu, terdapat insentif-insentif yang menarik ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di luar negara untuk menggalakkan mereka pulang berkhidmat di dalam negara berikutan peningkatan permintaan terhadap pekerja berkemahiran.

    Kerajaan juga menetapkan keperluan-keperluan khusus untuk melindungi orang kurang upaya seperti Kod Amalan untuk Pengambilan Pekerja Kurang Upaya di sektor swasta.

    Klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Pendaftaran dan Pengambilan Pekerja Kurang Upaya untuk  Sektor Swasta di Kementerian Sumber Manusia.
  •