CariGo Search
myGovernment > Bahasa Malaysia > Topik Relevan > Pekerjaan dan Latihan > Kerajaan > Anugerah dan Kenaikan Pangkat > Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pautan Berkaitan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  

 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. 

Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.

Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  •  

    myServices - Perkhidmatan Online
    myForms - Borang muat turun
    myBayar - Bayaran online