Kenaikan pangkat dan pengiktirafan dianugerahkan kepada kakitangan
perkhidmatan awam untuk menghargai sumbangan tenaga, kepakaran dan
kecemerlangan kerja mereka.
Anugerah juga diberikan kepada kumpulan dan agensi yang telah mencapai
kecemerlangan dalam pengurusan kualiti, inovasi, kawalan mutu kerja dan
pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di antara anugerah yang diberikan termasuk Anugerah Kualiti Perdana
Menteri, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Awam, Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Sektor Awam-Swasta, Anugerah
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Anugerah Kualiti Pejabat Daerah dan Pihak
Berkuasa Tempatan, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Kualiti
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut: