CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Pekerjaan di Malaysia

Warganegara asing yang berhasrat untuk bekerja di Malaysia mesti mendapatkan salah satu dari tiga permit kerja berikut: Pas Penggajian, Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pas Lawatan Profesional (Pas Ikhtisas).


Pas Penggajian - pas ini untuk pelabur, pekerja mahir, profesional dan pihak pengurusan atasan dalam syarikat. Tempoh minima adalah selama dua tahun. Kemungkinan terdapat keperluan had umur tertentu bergantung kepada jenis pekerjaan.


Pas Lawatan Kerja Sementara - sesuai untuk pekerja separa mahir dan kurang mahir dalam bidang pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Untuk kategori ini, pekerja asing lazimnya dibenarkan bekerja selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan setahun ke setahun di atas permintaan majikan.


Pas Lawatan Professional (Pas Iktisas) - secara umum pas ini sesuai untuk pakar bahagian teknikal termasuk pakar-pakar pemasangan alat dan mesin dan penasihat teknikal. Pas lawatan profesional lazimnya dikeluarkan untuk tempoh jangkamasa pendek.


Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Pekerjaan di Malaysia.htm
Pautan Berguna
Topik Relevan
Perkhidmatan
 
Promosi