Peluang Pelaburan
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri sentiasa mempelawa pelabur dan usahawan dari dalam dan luar negara untuk membangunkan industri bioteknologi di Malaysia.
Berikutan dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2005 (NBP 2005), Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC), sebuah pusat yang menyediakan bantuan, kemudahan dan perkhidmatan nasihat untuk syarikat-syarikat bioteknologi yang berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka di Malaysia.
NBP telah menghasilkan hab teknologi baru iaitu BioNexus Malaysia. BioNexus ialah satu rangkaian syarikat-syarikat dan institusi-institusi penyelidikan yang mempunyai tiga pusat utama: bidang agroteknologi diInstitut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Putra Malaysia, Serdang; bidang genom dan kajihayat molekul di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan bidang farmaseutikal dan nutrisi di bekas tapak Bio Valley di Dengkil.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Rangkaian Bioteknologi dan Bioinformatik Negara (NBBnet) (Bahasa Inggeris sahaja)
Institut Genom dan Kajihayat Molekul Negara (NIGMB) (Bahasa Inggeris sahaja)
Bio-IT Centre Selangor (Bahasa Inggeris sahaja)
Technology Park Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja)
Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (Bahasa Inggeris sahaja)
Peluang pelaburan dalam industri bioteknologi (Bahasa Inggeris sahaja)
