CariGo Search
myGovernment > Bahasa Malaysia > Topik Relevan > Industri di Malaysia > Perniagaan > Komoditi
Pautan Berkaitan
Komoditi

Komoditi utama Malaysia terdiri daripada getah, kelapa sawit, kayu, tembakau, lada dan koko.  Laman ini menyediakan maklumat mengenai industri komoditi dan perladangan di Malaysia.

Sejak dahulu lagi, sektor komoditi merupakan penjana utama aktiviti ekonomi negara. Walaupun negara mengalami peralihan daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sektor pembuatan dalam awal tahun 1980-an, sektor komoditi kekal menjadi penjana pendapatan negara yang utama.

Teras Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan rangkaian nilai ekonomi melalui sektor pertanian dan komoditi, di mana kedua-duanya dikenalpasti sebagai sektor penting untuk pertumbuhan ekonomi.

Klik di sini untuk merujuk kepada teks lengkap Rancangan Malaysia Ke-9 yang menegaskan kepentingan memperkasakan pertanian dan industri asas tani untuk menjana kekayaan.

Proses transformasi untuk kedua-dua sektor, iaitu pertanian dan koomoditi, akan diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Komoditi Malaysia turut melalui fasa peralihan dalam proses penyesuaian untuk memenuhi perubahan permintaan dunia. Komoditi utama Malaysia terdiri daripada getah, kelapa sawit, kayu balak, tembakau, lada dan koko. Pertumbuhan dalam tanaman-tanaman ini disokong melalui penggunaan teknologi moden yang lebih meluas.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Lesen dan Permit
  • Garis Panduan
  • Pembiayaan
  • R&D
  • Statistik
  • Latihan
  • Khidmat Nasihat
  • Pemasaran dan Rangkaian Hubungan

  •  

    myServices
    myForms
    myBayar