CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Pembuatan

Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an apabila negara menyaksikan peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri. Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan kebergantungan ke atas import; dan perlu mewujudkan sektor berasaskan teknologi bagi menjamin kejayaan ekonomi negara.


TerasPertama dalamRancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk memberi tumpuan secara berterusan terhadap beberapa bidang tertentu termasuk industri pembuatan.


Klik di sini untuk merujuk kepada teks lengkap Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 4 yang menekankan tentang kepentingan mempergiatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan.


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus menjadi agensi peneraju yang menggerakkan usaha-usaha mengembangkan industri pembuatan dan perkhidmatan berkaitan. Usaha-usaha ini turut dijalankan oleh kementerian dan agensi-agensi yang lain, termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia(MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).


Hari ini, industri pembuatan adalah industri yang paling pantas berkembang dan merupakan sektor pemangkin terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara.


Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

  • Penyelidikan dan Pembangunan
  • Peluang Perniagaan
  • Insentif untuk Pelabur
  • Pembiayaan
  • Khidmat Nasihat dan Perundingan
  • Perundangan dan Polisi
  • Lesen dan Permit
  • Pensijilan
  • Pemasaran dan Rangkaian Hubungan
  • Pembuatan.htm
    Pautan Berguna
    Topik Relevan
    Perkhidmatan
     
    Promosi