Pembinaan dan Kejuruteraan
Industri pembinaan dan kejuruteraan merangkumi sektor pembangunan perumahan dan infrastruktur. Ini termasuk bidang-bidang seperti senibina, kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik, ukur bahan, landskap dan sebagainya.
Klik di sini untuk merujuk kepada teks lengkap Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 18 yang menekankan tentang kepentingan mempertingkatkan infrastruktur, kemudahan awam dan pengangkutan bandar. Semua ini berkaitan secara langsung dengan industri pembinaan dan kejuruteraan di Malaysia.
Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam akan dilaksanakan melalui usaha-usaha bersama di kalangan pihak kementerian dan agensi-agensi Kerajaan. Usaha-usaha pembangunan jalan raya akan dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya. Projek-projek berkaitan pengangkutan termasuk keselamatan jalan raya akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan mempelopori usaha-usaha pembangunan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan pembangunan jalan-jalan di kawasan luar bandar.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut: