Teras Pertama daripada
Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 5
menyatakan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
merupakan salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Ini berikutan dengan pertumbuhan sektor ICT yang pesat dan
peranannya merangsang perkembangan industri-industri lain di
Malaysia.
Pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi dalam
merapatkan jurang digital (BDD) akan diterajui oleh
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi,dengan
kerjasama
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah dan
Kementerian Pelajaran.
Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) merupakan inisiatif
Malaysia untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan
komunikasi global. Kini MSC Malaysia telah berkembang menjadi hab
ICT yang dinamik, menjadi hos kepada lebih daripada 900
syarikat-syarikat multinasional, milikan asing dan milikan tempatan
yang bertumpu kepada produk, penyelesaian, perkhidmatan dan;
penyelidikan dan pembangunan (R&D) multimedia dan komunikasi.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut: