Industri pengangkutan di Malaysia menyaksikan perkembangan yang
memberangsangkan sejajar dengan peningkatan permintaan terutamanya dari
komuniti perniagaan.
Teras Keempat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan
untuk mempertingkatkan taraf dan kualiti hidup. Kerajaan berjanji untuk
meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan infrastruktur, kemudahan awam
dan pengangkutan bandar bagi menyokong aktiviti-aktiviti perdagangan dan
perniagaan.
Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam akan dijalankan melalui
usaha-usaha yang diselaraskan oleh pihak kementerian dan agensi Kerajaan.
Usaha-usaha pembangunan jalan raya akan dilaksanakan oleh
Kementerian Kerja Raya, manakala
projek-projek berkaitan pengangkutan dan keselamatan jalan raya akan
diuruskan oleh
Kementerian Pengangkutan.
Klik
di sini untuk merujuk kepada teks lengkap
Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 18.
Industri pengangkutan di Malaysia dikategorikan kepada tiga sektor utama.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut: