Anugerah perniagaan dan usahawan bertujuan mengiktiraf, menggalak dan
mendorong syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan untuk melangkah maju
dalam bidang yang diceburi mereka.
Anugerah Kecemerlangan Industri (Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri- MITI) diverikan kepada
pertubuhan-pertubuhan untuk menggalakkan penghasilan produk dan perkhidmatan
yang bermutu tinggi, dan mengiktiraf kecemerlangan perusahaan serta
pencapaian kualiti dan keprihatinan dalam perniagaan.
Anugerah Kecemerlangan Industri (IEA)
(Bahasa Inggeris sahaja) disampaikan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE) sebagai pencapaian yang cemerlang dalam bidang yang
diceburi.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) (Bahasa Inggeris sahaja)
menawarkan beberapa anugerah setiap tahun bagi mengiktiraf
pertubuhan-pertubuhan dan syarikat-syarikat yang cemerlang di Malaysia.