Di Malaysia, semua pendapatan syarikat
atau individu yang terakru, diperolehi daripada atau dikirimkan ke Malaysia
akan dikenakan cukai.
Walau bagaimanapun, pendapatan yang diperolehi dari luar Malaysia
dan dibawa masuk ke Malaysia oleh syarikat-syarikat pemastautin (selain
daripada syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan, insurans,
pengangkutan udara dan perkapalan), syarikat-syarikat bukan pemastautin dan
individu-individu yang bukan pemastautin adalah dikecualikan daripada cukai.
Untuk maklumat lanjut mengenai percukaian syarikat di Malaysia, klik pada
pautan-pautan di bawah: