Francaisi adalah orang yang
diberikan hak francais. Untuk memohon menjadi francaisi, anda perlu
mengemukakan permohonan kepada Bahagian Francais, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan menggunakan
Borang Profail Francaisi.
Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisi:
- Bumiputera.
- Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan
dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah
dipegang oleh pemohon).
- Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh
pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan.
- Perniagaan akan dijalankan di premis atau lokasi yang sesuai
dan strategik.
- Pemohon mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh
sekurang-kurangnya 3 tahun.