Francaisor adalah orang yang memberikan hak francais kepada
francaisi. Francaisor juga berhak mengawal secara berterusan akan
perniagaan francaisi semasa tempoh francais.
Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mengemukakan permohonan
kepada Bahagian Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi dengan menggunakan
Borang Permohonan Francaisor.
Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisor
Untuk memohon menjadi francaisor, anda perlu mempunyai :
- Produk yang telah kukuh dan diterima baik oleh orang ramai.
- Dokumen sokongan yang lengkap dan komprehensif.
- Buku panduan atau manual operasi dan latihan yang terperinci
dan lengkap, dan juga program latihan yang berterusan.
- Sistem perakaunan yang seragam.
- Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian
lokasi.
- Khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk dan
perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam.
- Perancangan perniagaan dan pemasaran yang menyeluruh dan
modal yang mencukupi.