Syarat-syarat Dokumen
Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut apabila menyerahkan
dokumen-dokumen anda:
Semua borang dan dokumen yang perlu difailkan mesti mempunyai 2
salinan
Borang dan dokumen mestilah tidak melebihi saiz A4, dan mesti
menggunakan kertas yang mempunyai berat medium dan kualiti yang baik
Semua dokumen mesti mempunyai margin sebanyak 25mm di bahagian kiri.
Semua borang dan dokumen perlu ditebuk dengan 2 lubang berdiameter
6mm dan berjarak 80mm di antara satu sama lain di margin bahagian kiri.
Semua dokumen perlu diendors di bahagian atas kiri pada setiap muka
surat dengan nombor syarikat yang ditetapkan Pendaftar bagi syarikat
Semua dokumen hendaklah ditaip dengan saiz tidak kurang daripada
8pt, melainkan jika dibenarkan oleh Pendaftar Syarikat
Pada pengakhiran setiap borang dan dokumen, anda dikehendaki
mencetak nama setiausaha syarikat dan maklumat hubungan.
Permohonan untuk penempahan nama syarikat dan pendaftaran syarikat
boleh dibuat melalui pejabat besar atau pejabat cawangan SSM
Bayaran yuran boleh dibuat secara tunai, draf bank, wang pos dan
kiriman wang. Pembayaran daripada syarikat, firma profesional atau firma
pengurusan boleh dilakukan melalui cek.
Syarat-syarat Dokumen.htm