CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Tatacara Pendaftaran untuk Syarikat Asing

Syarikat Asing adalah syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia tetapi mempunyai perniagaan yang beroperasi di Malaysia. Untuk mendaftar, anda dikehendaki:

  • Dapatkan Borang 13A (borang carian nama) daripada SSM dan lengkapkan borang tersebut
  • Bayar yuran carian sebanyak RM30
  • Jika nama syarikat diluluskan, anda perlu mendaftar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan. Anda perlu majukan dokumen-dokumen berikut:
    1. Salinan sijil pemerbadanan syarikat yang telah disahkan
    2. Salinan piagam syarikat yang telah dishakan
    3. Senarai dan butiran pengarah dan setiausaha dinyatakan dalam Borang 79
    4. Memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang memberi kuasa kepada individu yang bermastautin di Malaysia atau ejen syarikat untuk menerima proses penyampaian dan sebarang notis bagi pihak syarikat
    5. Borang 80 - akuan berkanun yang dibuat oleh ejen syarikat
    6. Yuran pendaftaran

    Jika dokumen-dokumen di atas ditulis dalam bahasa asing, terjemahan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia yang telah disahkan perlu disertakan bersama.

    Tatacara Pendaftaran untuk Syarikat Asing-Syarikat.htm
    Pautan Berguna
    Topik Relevan
    Perkhidmatan
     
    Promosi