Sesebuah syarikat memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pengarah dan
seorang setiausaha.
Pengarah
Setiap syarikat berhad mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua orang
pengarah yang menetap di Malaysia. Seorang pengarah syarikat juga boleh
bertindak sebagai setiausaha syarikat kecuali dalam situasi-situasi
tertentu.
Setiausaha
Setiap syarikat berhad mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang
setiausaha. Lembaga pengarah boleh melantik salah seorang daripada pengarah
syarikat sebagai setiausaha syarikat. Individu tersebut mestilah terdiri
dari ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh Menteri atau yang
telah dilesenkan oleh SSM. Permohonan untuk lesen syarikat harus dibuat
melalui SSM dengan menggunakan Borang 48B/ 48C. Setiap lesen yang diberi
atau diperbaharui sah selama 3 tahun.
Sila klik pautan dibawah untuk perkhidmatan dalam talian berikut: