Perniagaan perkongsian wujud apabila anda menggabungkan modal dan
bekerjasama dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi.
Dalam bentuk perniagaan sebegini, anda dan rakan-rakan kongsi anda adalah
pemilik bersama dan akan berkongsi segala keuntungan dan risiko. Jika anda
berhasrat membuka sebuah perniagaan perkongsian, anda dinasihatkan supaya
mengadakan satu perjanjian rasmi yang disediakan perguam. Hanya warganegara
Malaysia dan penduduk tetap sahaja yang layak mendaftar perniagaan jenis
perkongsian.