Laman ini
menyediakan maklumat berikut:
Tatacara Pendaftaran untuk Keempunyaan Tunggal
- Lengkapkan borang carian nama yang boleh didapati daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memastikan nama perniagaan
yang anda pilih tidak digunakan oleh mana-mana pengusaha.
- Setelah mendapat kelulusan untuk nama perniagaan, dapatkan Borang A
daripada SSM
- Lengkapkan borang tersebut
- Borang tersebut perlu disahkan sama ada oleh ahli Parlimen, atau
peguam, atau Pesuruhjaya Sumpah, atau ahli-ahli profesional lain.
- Serahkan borang tersebut berserta salinan kad pengenalan anda.
- Anda dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM60 jike nama
perniagaan menggunakan nama dagang (contohnya Syarikat Ahmad) atau RM30
jika nama perniagaan menggunakan nama peribadi (tanpa perkataan
'Syarikat')
Anda juga boleh melakukan carian nama perniagaan secara dalam talian
melalui perkhidmatan e-info/carian
nama di laman web SSM, atau melalui
pautan ini.
Pembaharuan Sijil Pendaftaran untuk Keempunyaan Tunggal
Tempoh sah sijil pendaftaran ialah 1 tahun dari tarikh dikeluarkan. Yuran
pembaharuan adalah sebanyak RM60 untuk perniagaan menggunkan naman dagang
dan RM30 untuk perniagaan menggunakan nama peribadi.
- Hantar permohonan anda dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh sijil
tamat.
- Anda mempunyai tidak lebih daripada 5 cawangan
- Tiada kompaun dikenakan ke atas perniagaan anda
- Perniagaan tidak disenaraihitamkan
- Anda perlu membawa bersama sijil pendaftaran lama
Klik
di sini untuk memperbaharui sijil
pendaftaran anda dalam talian.
Klik
di sini untuk memperbaharui sijil pendaftaran anda dalam talian.
Jika anda perlu mengubah atau menambah sebarang butiran perniagaan, anda
perlu membuat permohonan kepada SSM dengan segera.
Anda harus dapatkan Borang B untuk Perubahan Maklumat Perniagaan. Borang
B terbahagi kepada
- B1 untuk perubahan alamat utama perniagaan
- B2 untuk Perubahan jenis perniagaan
- B3 untuk perubahan maklumat cawangan
- B4 untuk perubahan maklumat pemilik
SSM mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap perndaftaran Borang B
dan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk setiap cawangan.
Klik
di sini untuk membuat perubahan atau
tambahan dalam talian.