CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Sabah dan Sarawak

Laman ini menyediakan maklumat berikut:

  • Tatacara Pendaftaran untuk Keempunyaan Tunggal
  • Pembaharuan Lesen Perdagangan
  • Perubahan atau Tambahan Maklumat Perniagaan Keempunyaan Tunggal
  • Tatacara Pendaftaran untuk Keempunyaan Tunggal

    1. Dapatkan Borang Permohonan Lesen Perdagangan (Seksyen 5) daripada majlis/ dewan perbandaran, bandaraya atau daerah
    2. Lengkapkan borang tersebut
    3. Serahkan borang tersebut berserta salinan kad pengenalan, perjanjian penyewaan dan resit taksiran harta
    4. Dokumen-dokumen di atas perlu disahkan sama ada oleh hakim atau majistret, atau peguam, Jaksa Pendamai, atau Pesuruhjaya Sumpah.
    5. Anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM25 untuk nama perniagaan yang menggunakan nama dagang atau RM5 untuk nama perniagaan yang menggunakan nama peribadi

    Pembaharuan Lesen Perdagangan

    Tempoh sah lesen perdagangan adalah dari tarikh perndaftaran sehingga 31 Disember bagi setiap tahun. Pemohon-pemohon baru dikenakan bayaran yuran pendaftaran yang sama rata (pro-rated) berdasarkan tarikh permohonan.

    1. Anda perlu mendapatkan Borang P.L.B (1) sama ada daripada majlis/ dewan perbandaran, bandaraya atau daerah.
    2. Lengkapkan borang tersebut
    3. Serahkan borang berserta yuran pembaharuan sebanyak RM25 dan lesen perdagangan yang lama.

    Perubahan atau Tambahan Maklumat Perniagaan Keempunyaan Tunggal

    Untuk sebarang perubahan dalam butiran perniagaan:

    1. Dapatkan Borang C daripada majlis. dewan perbandaran, bandaraya atau daerah
    2. Lengkapkan borang tersebut
    3. Yuran prosesan sebanyak RM2 akan dikenakan.
    Sabah dan Sarawak.htm
    Pautan Berguna
    Topik Relevan
    Perkhidmatan
     
    Promosi