CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Cukai Pendapatan

Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas. Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).


Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.


Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia.


Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Tanggungjawab Pembayar Cukai
  • Bagaimana Membuat Semakan Kedudukan Cukai
  • Pendaftaran Fail Cukai
  • Potongan Derma dan Hadiah daripada Pendapatan Anda
  • Potongan Perlepasan Persendirian Individu Pemastautin
  • Rebat Cukai untuk Kumpulan Pendapatan Rendah
  • Membuat Rayuan Cukai
  • Kadar Cukai Pendapatan
  • Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
  • e-PCB (Potongan Cukai Bulanan) Online
  • e-Bayaran bagi Cukai Pendapatan
  • e-Filing
  • e-SPC (e-SPC ialah aplikasi online bagi membantu majikan untuk mendapatkan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) pekerja yang akan menamatkan perkhidmatan/berhenti atau ingin meninggalkan Malaysia)
  • e-Data PCb (untuk majikan menghantar data pcb secara online)
  • Kalkulator PCB (untuk pembayar cukai mengira jumlah bayaran PCB)
  • E-Kemaskini (untuk pembayar cukai mengemaskini alamat)
  • Cukai Pendapatan.htm
    Pautan Berguna
    Topik Relevan
    Perkhidmatan
     
    Promosi