Pencegahan jenayah adalah satu aspek penting dalam memastikan kawasan
tempat tinggal sentiasa aman dan selamat.
Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab pihak berkuasa, orang ramai
boleh memainkan peranan penting dalam melindungi diri, keluarga dan
masyarakat.
Jika anda menyaksikan sebarang kejadian jenayah, anda perlu melaporkannya
kepada balai polis yang berhampiran. Laman web
Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menyediakan senarai nombor-nombor telefon untuk memudahkan anda
menghubungi balai-balai polis tempatan dan daerah.
Selain dari itu, anda juga boleh mengingati nombor 999
yang digunapakai dalam semua keadaan kecemasan.
Laman web PDRM juga menyediakan beberapa panduan dan petua berguna untuk
mencegah kejadian jenayah. Di antara jenayah-jenayah yang dibincangkan
termasuk pecah rumah, curi kereta, keganasan rumahtangga dan ragut.
Program Rukun Tetangga yang ditadbir dengan baik juga boleh menjadi
langkah pencegahan yang berkesan dalam membasmi kegiatan jenayah di
kawasan-kawasan perumahan.
Layari pautan-pautan di bawah untuk butiran lanjut: