CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia
Bomba dan Penyelamat

Kerja-kerja mengenai pencegahan kebakaran dan menyelamat di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat.  Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuk menghadapi insiden dan bencana seperti kebakaran, kebocoran/tumpahan/letupan bahan-bahan merbahaya, kemalangan jalanraya, bencana alam dan pencegahan pembakaran terbuka.


Sebarang kejadian yang memerlukankan perkhidmatan dan bantuan jabatan berkaitan harus dilaporkan segera di talian 999.


Kerja-kerja mencari dan menyelamat di laut juga disediakan oleh Jabatan Marin yang memberi perkhidmatan kepada pihak awam 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti.


Persatuan Sukarelawan Pencegahan Api dan Menyelamat atau Malaysian Volunteer Fire and Rescue Association juga menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan usaha-usaha menyelamat. Laman web persatuan ini menyediakan banyak maklumat sebagai rujukan bukan sahaja mengenai perkhidmatan dan tugasan mereka tetapi juga maklumat mengenai aspek-aspek keselamatan di rumah dan komuniti.

BombadanPenyelamat.htm
Pautan Berguna
Topik Relevan
Perkhidmatan
 
Promosi