Barisan Pertahanan Negara
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertanggungjawab melindungi negara daripada sebarang ancaman dan bahaya.
Mereka membantu penguatkuasa awam mencegah ancaman di dalam negeri, menjaga keselamatan awam,
memberi bantuan ketika berlaku bencana alam dan terlibat dalam program pembangunan negara.
ATM terdiri daripada tiga badan perkhidmatan iaitu;
Tentera Darat Malaysia (TDM)bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan darat negara.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjaga perairan dan zon ekonomi Malaysia daripada
sebarang pencerobohan atau kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berperanan menyediakan,
melatih dan melancarkan satu angkatan udara yang bersedia dan mampu
bertindak di ruang angkasa untuk melindungi kepentingan negara.
Laman web rasmi
Kementerian Pertahanan menyediakan banyak maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan dan juga maklumat
berkenaan kolej ketenteraan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ketenteraan.
BarisanPertahananNegara.htm