Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, dan
Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara. Perlembagaan Persekutuan telah
digubal bagi memastikan kewujudan sistem tersebut.
Salah satu ciri demokrasi berparlimen ialah pembahagian kuasa pentadbiran
kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan kehakiman dan badan
pemerintah atau eksekutif.
Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali bagi melantik ahli-ahli
Dewan Rakyat. Parti politik yang mendapat undi terbanyak layak membentuk
kerajaan bagi memerintah negara.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia.
Melainkan apabila dibubar, parlimen akan terus bersidang untuk tempoh lima
tahun bermula dari tarikh pertama mesyuarat diadakan selepas pilihan raya
umum melainkan ia dibubarkan.
Pada akhir tempoh lima tahun, Parlimen terbubar secara automatik dan
pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi
melantik perwakilan di Dewan Rakyat.
Parlimen dihendaki bersidang tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh ia
dibubarkan.
Klik pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut: