CarianGo Search
Facebook Twitter AgenciesRSSFeed PortalRSSFeed    blue red grey green choc
Pendapat Umum
Pautan
Pautan Multimedia

SOALAN-SOALAN LAZIM

Apa itu myGovernment?
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
Mengapa myGovernment diwujudkan?
Kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia telah disediakan secara online sejak lama dahulu, dan myGovernment diwujudkan untuk memberi kesenangan mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Dengan pembentangan yang senang difahami serta URL yang senang diingati iaitu www.malaysia.gov.my, ia merupakan pintu utama Kerajaan Malaysia dalam dunia siber. Di sini, anda boleh memperolehi jawapan berkaitan hal-hal Kerajaan. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi kerajaan.
Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan myGoverment?
Umumnya, myGovernment boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat and perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
Segala akses dan penggunaan anda ke atas myGovernment Portal tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi' di bahagian bawah setiap halaman.
Apakah faedah dan kelebihan jika saya mendaftar sebagai ahli?
Anda akan diberi laman persendirian, mesej persendirian, simpanan dokumen persendirian serta kelebihan mencapai agensi-agensi Kerajaan melalui Pusat Mesej Portal. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Faedah dan Keistimewaan untuk Pengguna Portal yang Berdaftar'.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar dengan Portal myGovernment?
Pengguna perlu klik pada pautan Log Masuk / Daftar, laman Log Masuk myGovernment akan dipaparkan. Sila klik pada pautan Tiada akaun? Daftar akaun baru, laman Daftar akan dipaparkan. Untuk mendaftar sebagai pengguna SSM, sila klik pada butang Individu manakala untuk mendaftar sebagai pengguna KPKT, sila klik pada butang Perniagaan. Apabila pendaftaran telah berjaya, sila semak emel anda dan klik pada pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?
Pengguna perlu klik pada pautan Log Masuk /Daftar, laman Log Masuk myGovernment akan dipaparkan. Klik pada pautan Lupa ID atau Kata Laluan? Laman Perbaharui Kata lalulan akan dipaparkan. Pengguna perlu masukkan ID pengguna dan klik pada butang Seterusnya. Soalan keselamatan akan ditanya dan pengguna perlu memberikan jawapan yang betul. Sila klik pada butang Perbaharui dan kata laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel sewaktu pendaftaran dibuat.
Bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Portal myGovernment?
Pengguna perlu mendaftar dengan Portal myGovernment sebelum boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Manakala untuk perkhidmatan pembayaran pengguna perlu klik pada pautan untuk daftar perkhidmatan yang diperlukan.

Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan perbankan internet iaitu FPX (debit terus daripada akaun bank anda) atau Kad Kredit. Pembayaran menggunakan kaedah FPX (debit terus daripada akaun bank anda) hanya melibatkan perbankan internet yang disediakan oleh bank-bank berikut iaitu Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Online Personal, Maybank2e.net, Maybank2u.com, PBeBank.com dan RHB sahaja. Untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit hanya MasterCard dan Visa sahaja yang diterima.

Pengguna boleh melihat bil / penyata dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau FPX (debit terus daripada akaun bank anda). Sila pastikan anda mempunyai akaun perbankan internet untuk pembayaran FPX. Pengguna hanya dibenarkan membuat pembayaran dengan menggunakan satu jenis mod pembayaran sahaja pada satu masa, FPX atau Kad Kredit.

Caj perkhidmatan dikenakan keatas bayaran pinjaman dan simpanan iaitu RM0.50 bagi FPX dan 1.8% bagi kad kredit. Bagi eSerahan, caj RM15.00 dikenakan bagi maklumat SSM. Setelah pembayaran dilakukan untuk data dari SSM, sila lihat Troli Borang / Form Cart untuk semakan dan penghantaran borang. Anda boleh menyemak rekod dan status pembayaran pada Lihat/Semak Rekod Pembayaran.
Apakah itu 'MyPortal'?
Setiap ahli diberi laman persendirian di mana ahli boleh mengubah laman masing-masing dengan maklumat yang sesuai untuk mereka melalui laman My Home. Dalam laman persendirian ini, ahli akan menerima mesej-mesej terkini, dokumen persendirian yang dimuat-naik, status transaksi perkhidmatan secara online, pautan kegemaran laman web agensi Kerajaan dan perkhidmatan online talian ahli.
Apakah itu myServices?
Pusat e-Urusniaga menyediakan segala perkhidmatan dalam talian yang diuruskan oleh Portal serta agensi-agensi Kerajaan. Anda boleh melakukan transaksi online dengan Kerajaan melalui Portal ini. Selain dari itu, borang-borang muat-turun Kerajaan juga boleh didapati dalam pusat ini.
Apakah itu Pusat Mesej?
Pusat Mesej adalah pusat untuk ahli mengirim dan menerima mesej dari Portal dan agensi-agensi Kerajaan. Ia juga merupakan satu lagi saluran untuk ahli menghubungi agensi-agensi Kerajaan untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas. Ahli boleh mengirim dan menerima mesej dari komuniti-komuniti yang mereka menjadi ahli.
Apakah itu Pusat eDokumen Saya?
Setiap ahli Portal diberi tempat simpanan dokumen persendirian untuk membolehkan mereka menyimpan dokumen-dokumen dalam format digital. Ia diberi nama, Pusat eDokumen Saya. Dokumen yang dimuat-naik ini boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk transaksi online.
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi myGoverment?
Sila klik dan isi borang 'Maklum Balas' yang boleh didapati di bahagian atas setiap halaman. Anda juga boleh menghubungi:-
Tel: 603-88884616
Faks: 603-88883261 atau
Emel: admin@portal.gov.my
Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada agensi-agensi Kerajaan?
Anda boleh mengisi borang "Maklum Balas" dalam Portal. Ia akan disalurkan kepada agensi berkenaan. Sekiranya anda telah mendaftar dengan Portal, anda boleh menghantar maklumbalas anda terus kepada agensi berkenaan melalui Pusat Mesej.

Pautan Berguna
Topik Relevan
Perkhidmatan