×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendidikan

Maklumat Tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyarankan KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 disemak semula dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah rendah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP). 

Maklumat lanjut sila layari Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017)