×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Menjual Kepada Orang Lain

Saham milik syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1967 boleh dipindahkan kepada orang atau entiti lain dengan mengubah pemilikan saham.Saham ini boleh dilupuskan dengan menilai aset bersih syarikat (iaitu dengan menolak liabiliti syarikat itu daripada asetnya). Baki ini digelar sebagai aset bersih.

Nilai aset bersih (NAV) sesaham diperolehi dengan membahagikan aset bersih dengan jumlah modal berbayar / bilangan saham berbayar syarikat.

Anda boleh melupuskan saham berdasarkan nilai aset bersih atau pada apa-apa nilai sahaja, bergantung kepada bagaimana anda menilai perniagaan dan betapa cepat anda ingin melupuskan saham.

Cara melupuskan saham boleh didokumenkan dan dimuktamadkan dengan memfailkan borang tertentu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui setiausaha syarikat anda.

 

Sumber: smecorp.gov.my