×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pembatalan Pendaftaran Syarikat

Menamatkan pendaftaran syarikat boleh dilakukan secara sukarela dengan membuat permohonan kepada SSM untuk menamatkan pendaftaran syarikat(Seksyen 308, Akta Syarikat 1965). Seksyen khas ini membolehkan Pendaftar untuk menamatkan pendaftaran(juga dikenali sebagai "untuk memotong nama") syarikat anda dengan sewajarnya. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:


1. Ketetapan sebulat suara oleh semua pemegang saham / Pengarah;
2. Tidak ada baki belum jelas / amaun yang terhutang kepada SSM atau mana-mana jabatan kerajaan dalam bentuk penalti atau kompaun;
3. Tiada caj yang belum dibayar;
4. Tiada baki cukai tertunggak;
5. Bukan syarikat induk atau subsidiari syarikat induk yang lain;
6. Bukan PerbadananPenjamin;
7. Tiada aset atau liabiliti semasa penamatan pendaftaran atau pembubaran;
8. Tidak membuat apa-apa pulangan modal kepada pemegang saham / pengarah / pihak berkepentingan;
9. Tidak terlibat dalam apa-apa isu undang-undang berkaitan dengan syarikat di dalam dan di luar Malaysia; dan
10. Apa-apa maklumat yang dikehendaki adalah terkini.


Selain daripada di atas, sebuah syarikat tidak dibenarkan untuk dibubar kan di dalam keadaan tertentu seperti:

  • Syarikat mempunyai asas saham yang besar;
  • Syarikat mempunyai keuntungan tertahan;
  • Syarikat mempunyai aktiviti perniagaan terkini;
  • Syarikat telah melupuskan harta baru-baru ini;
  • Syarikat mempunyai hutang yang belum dibayar; dan/atau
  • Syarikat terlibat dalam saman guaman dan / atau tindakan undang-undang.
  • Sekiranya syarikat mempunyai hutang tertunggak dan tindakan undang-undang, ia perlu melantik seorang pelikuidasi untuk menyelesaikan perkara ini sebelum syarikat boleh dibubarkan.

 

Source: smecorp.gov.my