×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Francais

Mengenai Pemfrancaisan

Pemfrancaisan adalah merujuk kepada sejenis model perniagaan di mana “pemfrancais” mengizinkan pengunaan kaedah terbukti, strategi, dan tanda perniagaan daripada perniagaannya kepada pemegang francais dengan mengenakan bayaran dan kutipan peratus daripada jualan kasar bulan atau hasil jualan tahunan.

Pemfrancais akan menyediakan kemudahan ketara dan tidak ketara seperti pengiklanan dalam negeri dan luar negeri, latihan dan perkhidmatan sokongan lain untuk pemegang francais sebagaimana tercatat dalam perjanjian.

Pemfrancaisan adalah dianggap sebagai satu cara mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat dan murah jika dibandingkan dengan usaha menambah kedai milik sendiri. Pemfrancais tidak perlu menambah bilangan kedai sendiri kerana ianya akan dibina dan diuruskan oleh pihak ketiga. Akan tetapi pemfrancais akan mendapat hanya sebahagian daripada pendapatan daripada kedai-kedai tersebut. Pemegang francais akan menanggung semua kos memula dan menjalankan kedai tersebut. Ini juga termasuk kos guaman, pembinaan, penghunian, inventori dan upah.

Semua perjanjian adalah dalam tempoh antara 5 ke 20 tahun, dengan peruntukan bagi pembatalan atau penamatan kontrak. Ini akan lebih merugikan pemegang francais.

Francais juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah memasarkan dan mengedarkan produk atau perkhidmatan berasaskan kepada perhubungan dua pihak, iaitu pemfrancais (tuan punya francais dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak). Hak yang diberikan ada lah bertujuan untuk menjalankan perniagaan seperti penggunaan tanda perniagaan atau nama perniagaan berasaskan kepada sistem tertentu, di lokasi tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.

Faedah & Kelemahan

Manfaat menggunakan Model Francais

  • Pemegang francais tidak perlu menyediakan modal yang tinggi berbanding dengan memulakan perniagaan yang baru.
  • Membolehkan pemegang francais menggunakan strategi dan tanda perniagaan yang telah terbukti.
  • Pemfrancais mampu mengembangkan perniagaan dengan cepat. Ia tidak menyediakan modal tambahan untuk kos tenaga buruh dan operasi.
  • Pemfrancais akan mendapat keuntungan lebih besar berbanding dengan pemilik kedai sendiri kerana perbelanjaan operasi yang lebih rendah dalam mengendalikan kedai-kedai pemilik francais
  • Mendapat manfaat daripada pengunaan jenama dan imej perniagaan yang telah pun diiktiraf. 
  • Jaminan kualiti yang konsisten 
  • Mengekalkan produktiviti yang tinggi/ kakitangan yang bermotivasi
  • Mengurangkan risiko kegagalan kerana penggunaan produk yang terbukti dan rekod pencapaian yang baik 
  • Francais menawarkan bantuan awalan yang penting sebelum memulakan perniagaan: 

             -Pemilihan tapak

            -Reka bentuk dan pembinaan

             -Pembiayaan (dalam keadaan tertentu)

             -Latihan
             -Program perasmian perniagaan

  • Francais menawarkan sokongan yang berterusan:

           -Latihan
           -Pengiklanan dalam negeri dan peringkat serantau bagi prosedur dan pembantu operasi.
           -Bantuan penyeliaan dan pengurusan
           -Kuasa membeli yang tinggi, akses kepada pembelian secara pukal dan ekonomi ikut skala

  • Pemfrancaisan membolehkan pemindahan teknologi dan kepakaran antara syarikat internasional dan syarikat tempatan. Ini dapat direalisasikan apabila sebuat pemfrancais internasional melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemegang francais induk bagi kawasan tertentu. Pemfrancais akan membantu pemegang francais tersebut dalam hal membangunkan syarikat-syarikat tempatan dalam bidang pengurusan perniagaan, sistem perniagaan, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, penjenamaan dan lain-lain.

Kelemahan Model francais

  • Pemegang francais tidak mempunyai banyak kuasa kawalan tentang produk dan perkhidmatan. Ini boleh mengakibatkan kualiti perniagaan berbeza antara kedai.
  • Pemegang francais biasanya dikehendaki membayar sebahagian daripada hasil jualan kepada pemfrancais.
  • Pemegang francais mungkin dikehendaki membayar bayaran awalan yang tinggi kepada pemfrancais. Ini boleh mengurangkan modal pusingan bagi pemegang francais.

Jenis Francais

Secara kasar ada 3 jenis sistem francais

  • Francais Pengedaran Produk
  • Francais Format Perniagaan dan
  • Francais Pengurusan

Francais Pengedaran Produk

Model Francais Pengedaran Produk adalah serupa dengan perniagaan di mana melibatkan pembekal-peniaga. Akan tetapi pemegang francais dikehendaki mematuhi beberapa garis panduan. Contohnya: pemegang francais bersetuju untuk menjual hanya jenama pemfrancais sahaja.

Contohnya, terdapat di satu kedai hanya menjual produk tertentu sahaja dan tiada produk lain. Iaitu pemegang francais menjual hanya produk pemfrancais sahaja. Dalam situasi ini pemegang francais diberi lebih banyak kebebasan berbanding dengan francais format perniagaan.

Contoh francais pengedaran produk ialah: Coca-Cola, Syarikat Kereta Ford, Exxon dan Osim.

Francais pengedaran produk tersebut mengedarkan produk yang bersais besar seperti kereta dan alat ganti kereta, mesin layan diri, computer dan inventori bagi kedai mesra.

Francais Format Perniagaan

Dalam Francais Format Perniagaan pula, integrasi perniagaan adalah lebih lengkap. Pemegang francais mengedarkan produk dan perkhidmatan di bawah tanda perniagaan pemfrancais. Pemegang francais juga menggunakan format dan prosedur pemfrancais dalam menjalankan perniagaan.

Ada terdapat kontrak untuk mengikat perlaksaan tersebut. Perkara yang terlibat dalam kontrak tersebut ialah: nama pemfrancais, keadaan muhibah, produk dan perkhidmatan, prosedur, manual dan standard, sistem operasi pemasaran dan kemudahan sokongan.

Pemfrancaisan Format Perniagaan merupakan system francais yang paling popular dan ianya selalu dirujuk apabila memperkatakan hal pemfrancaisan. Contoh-contoh terkenal ialah: McDonalds, KFC, Famous Amos, Starbucks Coffee dan Dunkin’ Donuts.

Francais Pengurusan

Francais Pengurusan ini ialah sejenis perjanjian perkhidmatan di mana pemfrancais menyediakan kepakaran mengurus, format dan / atau prosedur berkenaan pengendalian perniagaan. Contoh Francais Pengurusan ialah: Hilton, American Idol dan Kedai UPS.

Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemfrancais

  • Membangunkan konsep francais
  • Penyelidikan Pasaran
  • Biasa dan faham tentang undang-undang dan peraturan tempatan
  • Menyediakan latihan dan sokongan kepada pemegang francais
  • Kriteria bagi memilih pemegang francais
  • Kawalan ke atas pemegang francais
  • Membekal produk dan bahan kepada pemegang francais
  • Isu-isu hak harta intelektual, contohnya pendaftaran tanda perniagaan 

Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemegang Francais

  • Keuntungan francais dan tempoh yang diperlukan bagi mendapat balik pelaburan
  • Rekod prestasi pemfrancais
  • Sokongan yang telah diberikan kepada pemegang francais lain
  • Pengalaman dan keuntungan pemegang francais lain
  • Adanya persaingan
  • Modal yang diperlukan
  • Perkara yang dikehendaki oleh pemfrancais, contohnya: unjuran pendapatan, dan jadual tarikh membuka kedai baru.

Kaitan Francaisor & Francaisi

Perhubungan antara Pemfrancais dan Pemegang Francais

Ianya diikat melalui kontrak yang meliputi:

  • Yuran permulaan
  • Bayaran royalti/Yuran pengurusan
  • Modal yang diperlukan daripada pemegang francais
  • Wilayah/ kawasan operasi
  • Tempoh lesen dan pembaruannya
  • Hak harta intelektual
  • Penamatan / pembatalan

Perkara yang perlu diawasi:

  • Pemegang francais sebenarnya tidak mempunyai kebebasan yang mutlak. Ia mesti mematuhi terma dan syarat perjanjian francais yang telah ditandatangani.
  • Pemegang francais juga hendaklah membayar royalty dan yuran iklan selain daripada yuran permulaan tersebut.
  • Pemegang francais seharusnya mampu mengimbangi sekatan dan bantuan yang diberikan oleh pemfrancais dengan kebolehan mengurus sendiri perniagaannya.
  • Akibat prestasi yang kurang baik daripada pemegang francais lain atau jika pemfrancais mempunyai masalah kewangan, boleh menjejaskan imej atau sistem francais tersebut. Ini boleh mengakibatkan terputusnya aktiviti sokongan seperti pembekalan barangan dan perkhidmatan. 
  • Tempoh sesuatu francais itu adalah terhad dan pemegang francais tidak mempunyai banyak pilihan tentang penamatan francais tersebut. 

Kesilapan yang Biasa Dibuat oleh Bakal Pemegang Francais

  • Tidak terlebih dahulu membaca, memaham dan/atau menyoal tentang perjanjian pemegang francais dan lain-lain dokumen rasmi.
  • Tidak memahami tangungjawab pemegang francais dan hak dan obligasi pemfrancais. 
  • Tidak cuba mendapatkan nasihat peguam dan nasihat kewangan.
  • Tidak mengesahkan taklimat lisan daripada pemfrancais
  • Tidak terlebih dahulu menganalisa keadaan pasaran tempatan
  • Tidak menganalisa persaingan
  • Tidak meneliti prestasi dan latar belakang pemfrancais
  • Tidak memilih lokasi yang paling sesuai

Kementerian Dan Agensi

Bahagian Pembangunan Francais

  • Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
  • Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise)
  • Malaysian Franchise Association (MFA)

 

Sumber: smecorp.gov.my