×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Eksport

Apa & Mengapa

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘eksport’?

Eksport boleh ditakrifkan sebagai menghantar atau membolehkan penghantaran sesuatu barangan atau komoditi keluar daripada Malaysia melalui salah satu daripada cara berikut iaitu laut, udara atau darat. dengan tujuan perdagangan. Eksport merupakan satu cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan anda. Jikalau dijalankan dengan betul ianya mampu meningkatkan keuntungan perniagaan anda.

Mengapa anda perlu mengembangi perniagaan anda dengan cara mengeksport?

Anda harus mengimbangi perniagaan anda iaitu antara perniagaan dalam negeri dan perniagaan luar negeri. Ini penting bagi melindungi perniagaan anda daripada risiko kesan penurunan salah satu daripada pasaran anda. Dengan cara mengeksport juga boleh memberi anda pendedahan kepada idea baru, teknik pemasaran baru dan cara persaingan yang mungkin tidak dapat ditemui di peringkat tempatan. Segala cabaran dan kejayaan yang anda alami dalam pengalaman mengeksport ke luar negara dapat meningkatkan kecekapan dan kemampuan anda bersaing dalam pasaran tempatan.

Bagaimana saya mulakan perniagaan eksport?

Kejayaan dalam perniagaan eksport bukan boleh datang dengan sekelip mata atau dengan cara tidak langsung. Ia memerlukan persediaan, perancangan yang teliti dan komitmen yang sungguh-sungguh.

 

Tip Untuk Berjaya dalam Eksport

11 tip untuk berjaya dalam eksport adalah seperti berikut:

  • Membuat persiapan untuk perniagaan eksport

Sebelum anda memulakan perniagaan eksport anda terlebih dahulu dinasihatkan menguasi pasaran tempatan. Lazimnya pengeksport yang berjaya adalah terdiri daripada peniaga yang mempunyai pangkalan pelanggan tempatan yang kukuh.


Apabila kedudukan perniagaan anda dalam negeri sudah mantap bolehlah anda mula belajar asas perniagaan eksport. Ada banyak istilah dan konsep yang anda perlu faham. Walau bagaimanapun anda boleh mudah mendapat pertolongan dalam hal ini kerana ada banyak orang yang mahu menolong anda.

  • Strategi eksport

Adalah mustahak terlebih dahulu anda memajukan strategi eksport sebelum anda mula mencebur ke dalam pasaran luar negara ini. Anda seharusnya mengenalpasti matlamat eksport anda dan sumber yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut. Anda seharusnya menganalisa perniagaan anda, iklim eksport, produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, dan pasaran yang berpotensi. Anda perlu juga merancang bagaimana hendak melaksanakan strategi dan cara-cara menilai pencapaiannya.

  • Peluang Perangkaian

Kenalan perniagaan boleh membantu dalam perniagaan anda, dari segi kejayaan atau kegagalanya. Kenalan perniagaan yang tulin dapat menolong anda mengenali bidang industri dan pelanggan yang berpotensi.

  • Penyelidikan pasaran

Penyelidikan pasaran bertujuan mencari faktor yang dapat menjana pasaran dan bagaimana hendak memasukinya. Dalam penyelidikan tersebut isu seperti duti impot, saluran pengedaran, peraturan, saiz dan pertumbuhan pasaran, perlu dikaji. Anda perlu juga cuba mengukur suasana perniagaan melalui maklumat seperti selok-belok operasi pembeli, halangan dalam memasuki pasaran, tindak-tanduk pesaing masa kini dan dinamik perjumpaan perniagaan.

  • Pemasaran eksport

Pemasaran eksport adalah melibatkan pembangunan perhubungan dan usaha mempamirkan tanggapan yang baik. Gunakanlah perangkaian anda untuk menghubungi pembeli di pasaran eksport dan pastikan bahan sokongan anda dapat memberikan maklumat yang tepat, relevan dan mencukupi. Bahan-bahan tersebut boleh terdiri daripada surat, risalah, e-mel, faks, dan laman web. Cuba luangkan masa untuk mempelajari etika perniagaan dalam budaya yang berkenaan.

  • Melawat pasaran

Selepas anda mengenalpasti pasaran eloklah anda cuba melawati pasaran tersebut sambil cuba membina jalinan di peringkat akar umbi. Ini hendaklah dilakukan sebelum anda memeterai perjanjian dengan bakal ejen, pengedar, atau rakan perniagaan lain. Adalah elok jikalau anda dapat melawat ekspo pedagangan utama dalam negara sasaran anda.

  • Pengurusan Risiko

Mengeksport ke pasaran antarabangsa boleh mendedahkan perniagaan anda kepada risiko yang baru. Jadi anda perlu mengkaji semula strategi pengurusan risiko anda. Risikonya mungkin melibatkan perkara seperti pendedahan kepada tukaran wang asing, isu perundangan, kestabilan politik, perkapalan, tempoh pelepasan kastam dan peraturan kuarantin dan peraturan biasa.

  • Mendapatkan bantuan kewangan

Pembangunan pasaran dan penyediaan untuk eksport boleh mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak modal. Jadi anda perlu menguruskan aliran tunai anda dengan teliti.


Penghantaran dan logistik
Menyediakan proses pengangkutan dan logistik yang cekap adalah amat mustahak bagi kegiatan mengeksport yang baik. Kebanyakan pengeksport menggunakan syarikat pengangkutan bagi tujuan ini. Tetapi anda perlu juga membiasakan diri dengan perkara asas seperti istilah penghantaran, harga dan dokumentasi.

  • Peluang jualan

Sudah tentu anda akan sungguh teruja apabila anda menerima satu pertanyaan yang tulen tentang produk anda buat kali pertama. Pastikan terlebih dahulu anda sudah pun sediakan prosedur tertentu supaya anda dapat mengendalikan pertanyaan tersebut dengan cara professional. Antara prosedur yang dimaksudkan ialah: bersedia untuk melayani pertanyaan tersebut dalam 48 jam, menyediakan format emel yang sesuai dan menyemak tentang kesahihan pertanyaan tersebut. Langkah ini dapat memastikan pelanggan berkenaan adalah tulen dan transaksi anda adalah selamat.

  • Isu perundangan

Ada banyak isu perundangan yang perlu anda hadapi apabila anda mula menceburi pasaran luar negara. Ini adalah termasuk peraturan import-eksport, pendaftaran paten dan lain-lain harta intelektual, liabiliti produk, kebenaran dua hala, dan perbezaan antara dua sistem perundangan.

MATRADE

Misi MATRADE yang bertujuan bagi menggalakkan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan menerokai peluang perniagaan baru di pasaran global. Usaha Martrade mepromosikan dan memfokuskan penggunaan jenama ‘Made-In-Malaysia’ kepada produk buatan syarikat berkaliber di pasaran antarabangsa telah dapat melahirkan ciri-ciri kecemerlangan dan kebolehpercayaan.

 

Sila layari www.matrade.gov.my untuk maklumat lanjut.

  • Jika anda ingin berkunjung ke ibu pejabat MATRADE di Kuala Lumpur, alamatnya adalah seperti berikut:

Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

Peta ke Menara MATRADE

 

Sumber: smecorp.gov.my