×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Import

Perancangan

Sebelum anda memulakan import barangan perkara yang pertama sekali anda harus buat ialah menganalisa kemungkinan perlaksanaannya dan terus mulakan merancang. Perancangan ini termasuk:

  • mengenalpasti pasaran untuk produk yang akan diimport;
  • mengenalpasti pembekal;
  • mematuhi peraturan import Australia;
  • mencari broker kastam;
  • mengumpul sebut harga import;
  • menentukan terma bayaran;
  • mempelajari istilah perdagangan;
  • menguruskan turun naik tukaran wang asing;
  • memastikan cara pengangkutan; dan
  • menentukan cara pengedaran dan membuat perjanjiannya.

Lesen Import di Malaysia

Lesen Import ialah sejenis permit yang membenarkan pengimport membawa masuk barangan yang tertentu di dalam kuantiti yang ditetapkan, dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lesen import merupakan satu cara mengawal pengaliran matawang asing bagi menjaga kedudukan imbangan pembayaran sesebuah negara. Ini adalah perlu kerana melindungi industri tempatan daripada persaingan luar negara.

Buat masa ini mengikut dasar perniagaan import, kebanyakan produk boleh dibawa masuk ke Malaysia melalui satu cara perlesenan am yang terbuka. Tetapi Lesen Import Khas diperlukan untuk barangan tertentu yang diimport ke dalam Negara. Barangan ini termasuk bahan letupan, senjata api, kereta bermotor, loji, produk farmaseutikal tertentu, bijih timah, sampel tanah, dan berbagai bahan makanan. Jenis rejim perlesenan import yang lebih ketat dikenakan ke atas peralatan pembinaan berat, barangan elektrik rumah, dan produk besi dan keluli. Permohonan untuk lesen import barangan tersebut hendaklah menyebutkan identiti pembeli, dan pembekal dan juga perihalan umum produk tersebut dan nilai pasarannya.

Malaysia telah berpandukan rejim tarif kastamnya kepada Sistem Penyelarasan Kod dan Penerangan Komoditi(Harmonized Commodity Description and Coding System)bagi penjelasan barangan. Duti tarif adalah daripada 2% kepada 60%, dengan tahap tarif purata sebanyak 15%. Duti yang lebih tinggi dikenakan ke atas barangan mewah seperti arak, rokok dan barangan yang difikirkan menjadi pesaing secara langsung kepada produk tempatan.

Semua daging lembu/kerbau dan daging ayam yang diimport mesti di sahkan "halal". Produk yang tidak boleh diimport termasuk bahan kimia mengakis dan bahan lucah. Produk daripada Israel dan bekas Negara Yugoslavia juga dilarang bawa masuk..

Syarikat jualan langsung yang ingin membuat perniagaan di Malaysia hendaklah terlebih dahulu mematuhi peraturan tertentu yang dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebelum lesen dapat dikeluarkan. Syarikat tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 70% pemilik tempatan dan syarikat tersebut hendaklah diperbadankan di Malaysia, 80% daripada produknya mesti mengandungi bahan tempatan dan apa-apa cadangan untuk kenaikan harga mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Kementerian. Lesen operasi akan dikeluarkan bagi tempoh satu, dua dan tiga tahun dan peraturan yang ada sekarang menghendaki modal berbayar, standard jaminan kualiti dan plan pemasaran hendaklah dihantar sebelum lesen boleh dikeluarkan.

Harga

Adalah amat penting anda menentukan kemungkinan kejayaan mengimport sebelum anda mulakan kegiatan tersebut. Adakah harga yang anda akan kenakan kepada produk anda akan mencukupi untuk menampung segala kos yang terlibat semasa mengimport?


Ada banyak kos tambahan yang terlibat semasa mengimport. Ini termasuk harga yang dikenakan oleh pengeksport, caj perlepasan kastam, kos pengangkutan, duti kastam, caj pelabuhan, insurans, caj pengasapan dan caj bank.

Mempelajari Istilah Pengeksport

Anda seharusnya memahami tentang bayaran, caj-caj, dan perkhidmatan yang akan anda terima. Perkara tersebut boleh menambahkan harga jualan pihak pengeksport. Kebanyakan peniaga yang terkenal menggunakan istilah “Incoterm” yang digariskan oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa. Antara istilah yang biasa digunakan adalah:

  • Ex-works: harga yang ditawarkan ialah harga daripada gudang penjual. Ia tidak termasuk kos pengangkutan dan kos insurans.
  • FOB (Bebas atas Kapal) – bagi kapal laut atau terbang.
  • FIS (Bebas dalam Stor) – jumlah harga invois.
  • CIF (Kos, Insurans dan Fret) – kos tambahan kepada ex works atau FOB.

Garis Permohonan bagi Permohonan Lesen Import (AP)

1.Objektif

  • Matlamat garis panduan ini ialah untuk menerangkan prosedur dan syarat bagi mengeluarkan Lesen Import (AP)  bagi sisa plastik di bawah kod tarif 39.15.

2. Latar belakang

  • Perintah larangan ke atas import sisa plastic di bawah kod tarif 39.15 telah dipindahkan daripada Jadual Pertama ke Jadual Kedua Bahagian 1, (Larangan Import) (Perintah Pindaan) 2008, Akta Kastam 1967 berkuatkuasa pada 1 Februari 2008.
  • Import sisa plastik adalah dkenakan Lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).

3. Pengeluar yang layak

  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk kegunaan sendiri, atau,
  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk pasaran tempatan dan eksport; atau
  • Pengeluar yang mengimport sisa plastik yang telah dibersihkan dan boleh diguna terus sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran produk.

4. Conditions for Import Licence (AP)

    i.        Pengilang hendaklah menghantar surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kerja-kerja kitar semula;

    ii.       Sisa plastic yang diimport yang tidak disenaraikan sebagai Sisa Berjadual atau Berbahaya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,                     Akta Racun Perosak 1974, dan Akta Racun 1952;

   iii.        Produk yang diimport di bawah kod tarif 39.15 tidak dibenarkan dieksport semula dengan menggunakan kod tarif yang sama;

   iv.        Satu lesen import diperlukan bagi setiap konsainmen atau setiap kali sisa plastic diimport di bawah kod tarif 39.15.

4.1  Lain-lain syarat

      i. Pengilang mesti mematuhi semua undang-undang yang  terdapat di sesebuah Negara ia beroperasi;

    ii. Pengilang adalah dinasihatkan supaya berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan                       Tempatan;

   iii. Pengilang dinasihatkan supaya mendapatkan Sijil ISO 14001 yang dikeluarkan oleh badan-badan yang ditauliahkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

 

5. Tempoh Laku Lesen Import

 i. Lesen Import (AP) yang dikeluarkan mempunyai tempoh laku selama 3 bulan mula daripada tarikh dikeluarkan.

 

6. Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Lesen Import

 

PERMOHONAN BAGI KALI  PERTAMA

      i. Surat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menjalani kerja-kerja kitar semula;

    ii. Lesen Pengilang daripada MITI atau lain-lain agensi kerajaan (jika ada);

   iii. Untuk syarikat Sdn Bhd:-

           Memorandum & Artikel Pertubuhan

           Borang 49, Borang24

   iv.  Untuk syarikat pemilik tunggal atau perkongsian:-

  •   Borang A
  •   Borang B
  •   Borang D

    v.  Borang 13, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (untuk pertukaran nama atau butiran syarikat)

   vi.  Borang senarai semakan (boleh didapati di laman web: www.miti.gov.my)

  vii.  Borang Kastam JK69 (boleh didapati di PercetakanNasionalBerhad );

viii. Inbois /senarai pembukusan/ inbois proforma /pesanan belian/perjanjian jualan;

   ix. Bil muatan (jika boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantarnya ke MITI dalam masa 3 hari sebelum mengimport. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan permohonan akan datang.

 

BAGI PERMOHONAN BERIKUTNYA

    i.   Borang Senarai Semakan (boleh didapati di: www.miti.gov.my)

    ii. Borang Kastam JK 69 (boleh didapati di Percetakan Nasional Berhad );

   iii. Inbois /senarai pembungkusan/ inbois proforma /Pesanan belian/perjanjian jualan;

   iv. Bil muatan (jika tidak boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantar kepada MITI dalam tempoh 3 hari selepas diimport.Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh menjejaskan permohonan seterusnya.

 

7. Menghantar Permohonan

Permohonan untuk Lesen Import hendaklah dihantar kepada:

                Pengarah
                Bahagian Kawalan Import dan Eksport
                Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri  (MITI).
                Tingkat 2 Floor, Blok 10
                Kompleks Pejabat Kerajaan
                Jalan Duta
                50622 Kuala Lumpur

                Tel: 03-6203 4817 (Pn Azrilah Abd. Aziz)
                03-6203 4814 (En Azlan Shahid)
                03-6203 5534 (En Ariffatri )

 

 

Sumber: smecorp.gov.my