×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Penjenamaan

Apa Itu Penjenamaan?

Jenama ialah identiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan. Ia boleh berupa dalam berbagai bentuk seperti nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan. Sesuatu jenama itu melambangkan identiti perniagaan yang berterusan dan juga membayangkan perwatakan, kualiti, asalan, kegemaran dan lain-lain.

Penjenamaan ialah suatu proses yang dapat melahirkan persepsi dan pengalaman yang tersendiri dan berterusan di dalam minda pengguna.

Contoh:

Nike ialah suatu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Orang ramai mudah dapat mengenali nama dan logonya walaupun mereka tidak pernah membeli produk Nike sebelum itu.

Di sini bukan sahaja nama “Nike” itu menjadi jenama, bahkan logonya pun adalah merupakan suatu penjenamaan tersendiri yang amat berkesan. Kebanyakan orang yang kenal dengan perniagaan tersebut biasanya boleh juga berbuat demikian hanya melalui logonya sahaja.

Ciri ciri Jenama

  • Identiti jenama yang jelas
  • Budaya jenama yang kukuh
  • Mampu memberi pengalaman jenama yang bermakna
  • Dapat melahirkan nilai emosi
  • Dapat menjalinkan perhubungan yang bermakna

Manfaat Penjenamaan

  • Membantu pencapaian ekonomi ikut skalar (bagi pembuatan dan pengedaran) selaras dengan penambahan permintaan.
  • Mengurangkan kos pemasaran dan pengiklanan
  • Menyediakan asas untuk pengembangan dalam dan luar negara di masa hadapan.
  • Menggalakan pembezaan produk dan kesetiaan pelanggan

 

Penggalakkan Penjenamaan

Perusahaan Sederhana Kecil Malaysia

Perbadanan SME Malaysia telah pun menubuhkan Tanda Kebangsaan bagi Jenama Malaysia yang dilancarkan pada Mac 2009. Jenama tersebut menunjukkan ciri-ciri kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan keluaran syarikat-syarikat Malaysia. Melalui usaha tersebut, kerajaan Malaysia berharap dapat menukar persepsi orang ramai yang selama ini menganggap produk tempatan adalah berkualiti rendah, kurang dipercayai dan standard pembungkusan yang rendah berbanding jenama-jenama besar dunia.

Syarikat Malaysia yang berminat akan dinilai menggunakan standard yang ketat. Pemantauan dan pengauditan dijalankan bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti yang telah ditetapkan. Jika berjaya produk atau perkhidmatan tersebut akan dibenarkan mengguna tanda National Mark of Malaysian Brand.

Initiatif di bawah Program Jenama Malaysia adalah seperti berikut:

1. National Mark of Malaysian Brand

2. Bengkel Manual Jenama bagi Pensijilan National Mark of Malaysian Brand.

3. Pusat Inovasi Jenama di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)

4. Galeri Mudah Alih untuk Penjenamaan dan Pembungkusan.

Kerja pengauditan dan pemantauan akan dilakukan mengikut jadual bagi memastikan pematuhan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Juga usaha promosi perdagangan akan dibuat bagi mempromosi jenama-jenama yang telah diberi Tanda Kebangsaan Jenama Malaysia dan juga mewarwarkan pengiktirafan kepada Tanda Kebangsaan Jenama Malaysia tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smecorp.gov.my


MATRADE

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah ditubuhkan pada bulan Mac 1993 sebagai sebuah agensi berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa (MITI).

Sebagai sebuah agensi promosi eksport kebangsaan, MATRADE adalah bertanggung jawab untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Visi MATRADE untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport terulung adalah selari dengan misinya untuk memajukan dan menggalakkan eksportnya ke dunia luar.

MATRADE memfokuskan usahanya untuk mempromosi eksport barangan pembuatan dan separa-pembuatan atau perkhidmatan ke negara luar. MATRADE juga merumuskan dan melaksanakan strategi dan promosi perdagangan bagi meningkatkan eksport Malaysia. Ia juga menjalankan penyelidikan pasaran dan membina satu pangkalan data maklumat yang komprehensif dalam usaha untuk membangunkan dan memajukan perdagangan Malaysia.

Progam latihan bagi meningkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa ada disusun untuk manfaat pengeksport Malaysia.Usaha ini juga bertujuan untuk menggalakkan dan membantu pengeksport Malaysia dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan dan bagi melindungi kepentingan perdagangan Malaysia di luar negara.

Satu daripada insiatif yang telah diambil oleh MATRADE ialah membangunkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat Malaysia ke seluruh dunia. Ini dapat dilakukan melalui pengenalan Jenama Malaysia di Direktori dalam Talian. Direktori tersebut mempamerkan jenama syarikat-syarikat Malaysia yang telah menerima Geran Promosi Jenama (BPG).

Direktori Jenama Malaysia ini mempamirkan jenama-jenama ternama di Malaysia ke pasaran dunia. Ia memperlihatkan jenama yang mempunyai nilai positif yang tinggi, dan tahap inovasi dan daya tarikan yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.matrade.gov.my


KPDNKK

Kempen Membeli Malaysia adalah hasil daripada Kempen Membeli Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Kempen tersebut adalah bertujuan menggalakkan pengguna supaya membeli produk buatan Malaysia pada harga yang munasabah. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam tentang produk dan perkhidmatan yang terdapat di Malaysia yang standardnya setanding dengan standard antarabangsa dan harganya juga berpatutan .

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.kpdnkk.gov.my


FAMA

Jenama ‘1 Malaysia Best’ ialah satu jenama pengakuan yang memperlihatkan identiti Malaysia. Bagi meningkatkan jualan dan profil produk berasas tani di pasaran tempatan dan luar negara. Ia bertujuan untuk:

  • Melahirkan satu jenama yang berkesan oleh Kementerian untuk pasaran tempatan dan luar negara. .
  • Membantu untuk mempertingkatkan standard produk asas tani bagi pasaran antarabangsa.
  • Memajukan amalan dan meningkatkan permintaan antarabangsa bagi produk asas tani.
  • Untuk maklumat lanjut sila layari:www.fama.gov.my

 

Memperlindungi Jenama Anda

Kemudahan MyIPO membolehkan penyebaran maklumat dan publisiti promosi berkenaan hak harta intelektual (IPR). Kegiatan tesebut bukan sahaja telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran hak harta intelektual di kalangan rakyat Malaysia dan mempertinkatkan imej MyIPO, tetapi juga ia telah menghasilkan satu jalinan kerjasama dan perkongsian melalui berbagai program yang diatur oleh pihak berkepentingan utama di negara ini. ,

Pada masa kini, MyIPO memberi perkhidmatan seperti berikut:

  • Paten
  • Tanda dagangan
  • Reka bentuk perindustrian
  • Petunjuk geografi
  • Reka bentuk susun atur Litar Bersepadu (IC)
  • Hak cipta (copyright)

 

Sumber: smecorp.gov.my