×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pensijilan

Bagaimana Pensijilan Memberi Faedah

Dengan merujuk kepada pensijilan seperti “Malaysian Standards” iaitu Standard Malaysia, boleh mendatangkan manfaat kepada berbagai pihak berkepentingan dalam mencapai:

1) Perlindungan Pengguna dan Kepentingan Awam

  • Standard dapat membolehkan tindakan perundangan diambil bagi mengawal kualiti, melindungi pengguna dan memastikan kesihatan dan keselamatan.
  • Standard dapat memastikan kesesuaian produk dan perkhidmatan mengikut tujuan asalnya
  • Standard juga menggariskan keperluan minima bagi kualiti, kesihatan dan keselamatan termasuk hal-hal alam sekitar dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pematuhan kepada standard dapat memberi jaminan tentang keselamatan, kebolehpercayaan dan kualiti kepada pengguna ·
  • Standard juga dapat memastikan keserasian, kesalingbolehtukaran dan saling kendali yang dapat menguntungkan pengguna
  • Standard, sebagai dokumen konsesus dapat mencerminkan keperluan di peringkat nasional dan antarabangsa

2) Kecekapan Industri dan Pembangunan

  • Istilah dan simbol yang digunakan dalam standard dapat membantu tentang pemahaman
  • Standard bagi produk dapat memastikan reka bentuk yang baik dan penambaikan dalam kualiti produk
  • Standard bagi produk juga menggalakkan penjimatan kos melalui berbagai rasionalisasi dan kesalingbolehtukaran kepada komponen, bahan dan amalan
  • Standard bagi proses dapat membolehkan penambahbaikan dalam proses
  • Kod amalan dapat menyediakan amalan-amalan baik dalam segala bidang pemasangan, pembinaan dll.
  • Set ujian standard mengiktiraf tahap kebolehulangan dan kebolehulangan semula
  • Standard yang kaya dengan sumber teknologi semasa dapat bertindak sebagai agen pemindahan teknologi
  • Standard dapat meningkatkan persefahaman antara pembeli dan penjual dan juga dapat menawarkan penyelesaian kepada masalah berulang
  • Standard dapat memudahkan komunikasi
  • Penggunaan standard merupakan punca penting untuk merancang pembangunan industri
  • Penggunaan standard akan membawa kepada manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung
  • Standard dapat membantu dalam penggantian import dan promosi eksport

Penggunaan pensijilan seperti “Malaysian Standard” iaitu Standard Malaysia, dapat memastikan kepada pengguna bahawa keselamatan mereka adalah terjamin. Ia juga memastikan iaitu kualiti produk dan perkhidmatan adalah berpatutan berbanding harga. Pensijilan juga menyumbang kepada pengurangan dalam kos operasi bagi industri, yang mana akan menghasilkan peningkatan keuntungan.

Pensijilan Produk

Peranan SIRIM-QAS International Sdn Bhd ialah bagi menjalankan kegiatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian. SIRIM QAS Sdn. Bhd. sebagai badan pensijilan yang terkemuka di Malaysia, telah berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan juga di luar negara. Perkhidmatan syarikat tersebut adalah mematuhi standard garis panduan antarabangsa.

 

Skim Pensijilan Produk

Pensijilan Produk ditawarkan kepada pengeluar yang inginkan produknya disahkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Standard Malaysia atau Antarabangsa. Penyertaan dalam skim ini adalah sukarela bagi kebanyakan produk. Akan tetapi pihak berkuasa kerajaan mungkin akan mewajibkan pensijilan bagi sesetengah produk. Setelah permohonan berjaya, pemohon akan diberi lesen bagi menandakan produk dengan tanda pensijilan "MS". Bagi produk yang dikawal selia, penggunaan tanda SIRIM adalah menjadi wajib. Tanda SIRIM tersebut membuktikan yang produk berkenaan adalah mematuhi syarat kualiti sebagaimana yang ditetapkan standard atau spesifikasi. Ia juga memberi pelanggan jaminan tentang prestasi, keselamatan dan kebolehpercayaan dan seterusnya menunjukkan satu sistem yang berkesan bagi proses pengeluaran.

Lain-lain Kategori Pensijilan Produk

Pensijilan Rangkaian Kastodi

Pensijilan Rangkaian Kastodi merupakan pengesahan pihak ketiga yang bebas iaitu produk kayu yang diperolehi adalah sebenarnya berasal daripada hutan yang telah pun disahkan mematuhi standard pengurusan hutan yang dipersetujui. Standard yang digunakan ialah PEFC International Chain-of-Custody standard, Annex 4 of the PEFC Council Technical Document: Chain-of-Custody of Forest Based Products – Requirements. Produk kayu yang telah pun disahkan di bawah skim ini adalah layak untuk menggunakan logo MTCC dan PEFC yang diiktiraf di negara-negara ahli PEFC.

Skim Penyenaraian Produk
Skim tersebut dilaksanakan mengikut cara sama seperti Skim Pensijilan Produk. Skim tersebut adalah kos efektif walaupun ketiadaan standard nasional atau internasional bagi produk.Dalam keadaan tersebut produk boleh disahkan mengikut standard persatuan atau industri atau pun spesifikasi pelanggan yang dipersetujui. Yuran Pra Permohonan sebanyak RM200 dikenakan semasa memohon. Kemasukan ke skim tersebut akan diluluskan oleh Panel Pensijilan Antarabangsa SIRIM QAS.

Skim Pengesahan Koordinasi Modular
Ini ialah satu konsep koordinasi dimensi dan ruang di mana bangunan dan komponen didimensikan dan tempatkan mengikut unit asas atau modul yang dipanggil ‘1M’ iaitu sama dengan 100 mm. Ia adalah diterima di peringkat antarabangsa oleh Organisasi Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO) dan banyak negara lain termasuk Malaysia.

Skim Pensijilan Kumpulan
Skim ini menawarkan pensijilan pihak ke tiga bagi produk dan berasaskan kepada sistem pensijilan ISO no 7, di mana satu kumpulan produk diuji dan sijil permatuhan dan/ atau label dikeluarkan untuk kumpulan tersebut. Pensijilan tersebut adalah berasaskan kepada Standard Malaysia, Standard Antarabangsa, atau standard luar negara kepunyaan satu organisasi standard kebangsaan.

IECEE CB Scheme

Sektor elektrik dan elektronik Malaysia merupakan hasil eksport terbesar yang berjumlah lebih daripada separuh eksport keseluruhannya. Oleh kerana barangan dan perkhidmatan bergerak merentasi sempadan, peniaga dan agensi kerajaan memerlukan pengesahan yang barangan atau perkhidmatan tersebut mematuhi standard, peraturan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan.

Skim IECEE CB ialah satu daripada skim perjanjian pengiktirafan pelbagai hala yang meyakinkan pengguna industri dan pengguna awam yang produk mereka beli adalah mematuhi kriteria standard antarabangsa IEC dan oleh itu tidak memerlukan apa-apa lagi ujian lanjutan. Buat masa sekarang SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ialah badan yang Mengeluar dan Mengiktiraf Pensijilan Kebangsaan bagi Skim CB. Bahagian Pensijilan Produk adalah dinamakan sebagai NCB dan Bahagian Ujian Elektroteknikal dinamakan sebagai Makmal Ujian Badan Pensijilan (CBTL).

Matlamat Skim CB ialah bagi membekalkan pengeluar yang memerlukan tanda pensijilan antarabangsa pihak ketiga, iaitu prosedur yang paling kos efektif dan menjimatkan dalam tempoh masa pensijilan yang paling baik.

Skim Penyenaraian Kebakaran
Buat masa terkini SIRIM QAS International Sdn. Bhd sedang menjalankan pensijilan ke atas beberapa produk perlindungan kebakaran pasif seperti set pintu tahan kebakaran dan pintu roller shutter. Produk tersebut adalah disahkan sebagai sistem yang mengandungi komponen seperti daun pintu, rangka dan alat daripada besi. Mengikut sistem ini produk yang telah disahkan hendaklah dijual dengan komponen yang sama atau yang mempunyai gred yang lebih baik daripada yang telah diuji.

Skim Pensijilan Keserasian Elektromagnetik
Matlamat utama skim EMC tersebut ialah bagi memastikan produk/kelengkapan elektrik dan elektronik adalah selamat dan tidak mengganggu operasi biasa peralatan lain. Dengan adanya skim tersebut yang menggunakan pensijilan pihak ke tiga yang bebas dan pengeluar boleh menggunakan tanda EMC.

Skim Pelabelan Eko SIRIM

Pelabelan eko ialah satu cara komunikasi tentang maklumat alam sekitar produk kepada pengguna dan peniaga. Maklumat tersebut dapat memberi pengguna dan peniaga mengenai manfaat alam sekitar yang berkaitan dan membolehkan pembeli membuat keputusan berasaskan kepada ciri alam sekitar. Di bawah Skim Pelabelan Eko SIRIM, sesuatu produk itu akan diuji secara bebas dan disahkan mematuhi kriteria semasa sebelum sesebuah organisasi itu dibenarkan mengguna tanda Pelabelan Eko SIRIM QAS International, pada produk, pembungkusan dan bahan promosinya.

Tanda Pelabelan Eko SIRIM QAS International adalah satu cara pemasaran yang berkesan yang akan membolehkan sesuatu syarikat memposisikan produknya sebagai produk mesra alam sekitar. Ini akan memberikan produk tersebut kelebihan daya saing jika berbanding dengan produk lain yang serupa dalam pasaran pengguna yang kian hari mengutamakan isu alam sekitar.

Proses Pensijilan Produk

1. Pertanyaan

o Pemohon dikehendaki mengisi borang selidik dalam Pakej Permohonan dan menghantarnya ke SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Berdasarkan kepada soal selidik tersebut satu sebut harga akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk dipertimbangkan. Sebut harga tersebut akan dapat memberi anggaran tentang jumlah kos bagi pensijilan tersebut..

2. Permohonan

o Setelah sebut harga yang diberikan dipersetujui, pemohon dikehendaki menghantar borang permohonan (PCS/ FOR/01-2), Pengisytiharan Kelulusan daripada Pihak berkuasa yang Berkenaan (bagi pengeluar Malaysia sahaja), Pengisytiharan Kelulusan untuk Pendaftaran Tanda Niaga/ Jenama (PCS/FOR/01-3-1), maklumat tentang produk yang berkenaan + yuran + laporan ujian (jika boleh didapati).

3. Penilaian Dokumen

o SIRIM QAS International akan menjalankan Penilaian Standard/Reka bentuk produk.

4. Audit Kilang

o Ini ialah satu pemeriksaan untuk memeriksa kecukupan Pelan Kawalan Kualiti, kelengkapan ujian dan penentukuran dan sistem menyimpan rekod.

5. Pemilihan Sampel & Ujian

o Sampel produk akan dipilih secara rawak dan dihantar ke makmal bertauliah untuk ujian.

6. Proses Cadangan dan Kelulusan

o Panel Pensijilan akan menyemak dan meluluskan cadangan untuk pensijilan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Penasihat Pensijilan.

7. Pengawasan

o Pemeriksaan Berjadual dan ujian semula dijalankan bagi pematuhan yang berterusan. Sampel yang di ambil daripada pengeluaran atau pasaran terbuka akan diuji semula.

8. Pembaharuan

o Pembaharuan akan di buat berdasarkan kepada laporan kelulusan untuk pembahruan dan pembayaran yuran.

Sumber: smecorp.gov.my