×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Jenis Perniagaan

1. Pernyataan Misi

Pernyataan Misi adalah alat penting untuk pelan perniagaan anda. Ia menyatakan, dalam beberapa ayat ringkas, intipati matlamat dan falsafah dasar perniagaan anda. Tidak kurang pentingnya, Pernyataan Misi menerangkan jenis perniagaan anda kepada pelanggan, pekerja, pembekal dan komuniti.

Pernyataan Misi mencerminkan setiap aspek perniagaan anda: pelbagai jenis produk yang anda tawarkan, harga, kualiti, perkhidmatan, kedudukan pasaran, potensi pertumbuhan, penggunaan teknologi, dan hubungan anda dengan pelanggan, pekerja, pembekal, pesaing dan komuniti.

Berikut adalah beberapa tip untuk membuat Pernyataan misi yang berkesan:

  • Melibatkan mereka yang berkaitan dengan perniagaan anda. Walaupun anda adalah tuan punya tunggal, adalah wajar anda mendapatkan idea daripada sekurang-kurangnya satu orang lain untuk pernyataan misi anda. Orang lain dapat membantu anda melihat kekuatan dan kelemahan yang anda mungkin terlepas pandang. Jika anda tidak mempunyai rakan kongsi atau pelabur untuk berbincang, dapatkan pandangan ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang berilmu, pekerja atau akauntan. Walau bagaimanapun, pilih hanya yang positif, dan orang-orang yang menyokong yang benar-benar ingin melihat anda berjaya.
  • Luangkan beberapa jam, jika boleh satu hari untuk memikirkan dan merangka kenyataan misi syarikat anda. Kenyataan misi selalunya pendek, biasanya lebih daripada satu ayat tetapi jarang sekali melebihi satu muka surat. Malah, menulis pernyataan misi bukanlah satu proses yang singkat. Menggubah sebuah misi dengan bahasa yang pada masa yang sama menerangkan hati dan jiwa sebuah organisasi dan berfungsi sebagai lampu yang menjadi sumber inspirasi kepada semua yang terlibat dalam perniagaan, mengambil masa.
  • Tetapkan tarikh. Luangkan satu masa untuk bertemu dengan orang yang akan membantu anda. Tulis senarai topik untuk dibincang atau difikirkan. Cari tempat yang tenang dan selesa, jauh dari telefon dan gangguan.
  • Bersedia. Jika anda melbatkan ramai orang, sediakan makanan/minuman, tambahan senarai topik, kertas dan pensel. Tidak semua orang memahami kenyataan misi syarikat anda, jelaskan maksud dan tujuan anda sebelum memulakan perbincangan.
  • Berbincang. Pertimbangkan setiap idea, walaupun bunyinya tidak diterima akal. Merangsang idea dengan melihat kenyataanmisi lain-lain organisasi dan memikirkan atau membincangkan soalan-soalan dalam bahagian yang lepas. Jika anda bekerja dalam satu kumpulan, gunakan carta flip untuk merekodkan jawapan supaya semua orang boleh melihat. Sebaik sahaja anda selesai berbincang, minta semua orang untuk menulis penyata misi individu untuk perniagaan anda. Baca kenyataan itu, pilih idea terbaik dan sesuai dan rangkumkan mereka untuk menjadi satu kenyataan.
  • Gunakan perkataan yang bersemangat. " Sebaik sahaja anda mempunyai idea asas secara bertulis, anda perlu menggilap bahasa pernyataan misi. "Setiap perkataan penting," kata Abrams. Kenyataan misi perlu mewujudkan imej visual yang dinamik, dan memberi inspirasi untuk bertindak. Gunakan perkataan menyerlah, kata kerja dan kata sifat berwarna-warni untuk menerangkan pernyataan anda. Jangan teragak-agak untuk menggunakan perkataan seperti "kaleidoskop” “menggalakkan"" bersorak, "" sangat hebat "dan" kagum "untuk menambah semangat. Jika anda ingin pelanggan memuji barangan dan perkhidmatan anda, galakkan mereka memberi pujian dan minta mereka memberi sebab mengapa. Sesetengah perniagaan memberi glosari yang mentakrifkan istilah yang digunakan di dalam pernyataan misi.

Setelah pernyataan misi anda selesai, sebarkannya kepada semua yang terlibat! Anda perlu menyebarkan pernyataan misi anda kepada orang lain di dalam dan di luar perniagaan untuk memberitahu semua orang yang arahtuju anda dan mengapa. Paparkan ia di pejabat anda, di mana anda, pekerja dan pelawat boleh melihat setiap hari. Cetak ia ke atas bahan-bahan syarikat, seperti brosur dan pelan perniagaan anda dan di bahagian belakang kad perniagaan anda.

2. Objektif

Objektif perniagaan adalah kenyataan khusus yang memberi anggaran pertumbuhan atau pembangunan syarikat. Objektif perniagaan adalah penting untuk memberi arah tuju perniagaan. Jika anda menjalankan perniagaan tanpa apa-apa objektif perniagaan, anda tidak akan dapat berkembang di mana-mana arah dengan jayanya. Objektif perniagaan memberi anda pemahaman yang lebih baik mengenai di mana anda berdiri, bagaimana untuk memperbaiki keadaan dan apa perubahan diperlukan untuk mencapai objektif anda. Tidak mempunyai objektif perniagaan membawa kepada perniagaan yang tidak terselaras yang mempunyai besar kemunkinan untuk gagal.

Beberapa contoh Objektif Perniagaan adalah: "Jual 1000 unit produk A dan 500 produk B sebelum Disember 31, 2010" atau "Kekalkan sekurang-kurangnya 5% bahagian pasaran dalam segmen minuman ringan di Petaling Jaya pada keseluruhan tahun 2011".

Apabila menetapkan objektif perniagaan, anda perlu memastikan perkara berikut:

  • Kuantitatif: objektif perniagaan perlu dinyatakan dengan tepat. Ia tidak boleh dinyatakan samar-samar seperti, "jualan kami harus bertambah!"
  • Jangkamasa khusus dan tepat: JangkaMasa yang dinyatakan dalam objektif perniagaan mestilah khusus dan tepat. Ini membantu anda untuk memahami kedudukan perniagaan anda berbanding dengan masa untuk mencapai objektif semasa anda.
  • Fleksibel: Objektif perniagaananda mestilah fleksibel dan dapat disuaikan kepada perubahan yang berlaku dalam keadaan perniagaan. Jika keadaan perniagaan berubah, objektif perniagaan perlu berubah untuk mencerminkan perubahan ini
  • Mudah difahami: Objektif perniagaan hendaklah dibuat dengan cara yang mudah difahami. Ini membantu dalam meyampaikan objektif anda kepada pelabur anda, pekerja, rakan-rakan dan sebagainya. Jika objektif perniagaan tidak mudah difahami, ia menjadi sangat sukar untuk mencapai nya.
  • Realistik: Objektif perniagaan anda mestilah realistik, jikalau ia tidak realistik dan tidak boleh dicapai anda mungkin berakhir dengan mengecewakan pelabur anda dan diri anda.

3. Pekerja Utama

Mengenal pasti pekerja utama untuk perniagaan anda adalah penting. Ia bukan satu masalah yang besar jika anda adalah syarikat pemilikan tunggal kerana anda akan menjadi manusia yang akan menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, jika perniagaan anda melibatkan pekerja lain, maka anda perlu mengenal pasti pekerja utama untuk berada di dalam perniagaan anda kerana kejayaan masa depan anda bergantung kepada kemahiran, pengalaman dan usaha kakitangan penting.

Anda perlu mengenal pasti kakitangan utama dengan memeriksa latar belakang, bidang kepakaran mereka, dan apa-apa penambahan yang dicadangkan kepada pasukan. Mengetahui dan memahami visi dan misi perniagaan anda akan membantu anda dalam mencari kakitangan utama yang sesuai.

 

Sumber: smecorp.gov.my