×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Struktur Perniagaan

1. Perniagaan Keempunyaan Tunggal

Perniagaan Keempunyaan Tunggal adalah satu bentuk entiti perniagaan yang ditubuhkan semata-mata oleh satu orang sahaja. Semua perkara dalam entiti seperti ini akan menjadi tanggungjawab pemilik ini. Bagi entiti ini, liabiliti beliau adalah tidak terhad. Tanggungan tidak terhad bermakna bahawa pemilik akan menanggung sendiri semua hutang perniagaan pemilik tunggal.

Penjelasan lanjut mengenai liabiliti yang tidak terhad: jika perniagaan KeempunyaanTunggal gagal atau dia tidak berupaya untuk membayar balik hutang, pemiutang mempunyai hak untuk mendakwa dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut hutang yang terhutang oleh perniagaan, terhadap aset peribadinya. Aset peribadi bermakna simpanan wang tunai, rumah, kereta dan lain-lain "barang persendirian yang boleh dijadikan tunai " untuk membayar balik hutang yang dicipta oleh pemilik Tunggal.

a. Kelebihan

  • Bentuk perniagaan ini murah dan mudah untuk ditubuhkan, dan ia memerlukan dokumentasi dan kertas kerja yang minima.
  • Tidak banyakgaris panduan dan formaliti di mana tidak ada keperluan untuk melantik juruaudit, setiausaha syarikat atau ejen cukai.
  • Anda tidak perlu mendedahkan penyata kewangan anda kepada orang ramai.
  • Mudah untuk mengubah struktur perniagaan anda jika perniagaan berkembang, atau jika anda ingin untuk menutup perniagaan anda

b. Kelemahan

  • Liabiliti yang tidak terhad yang bermakna semua aset peribadi anda menghadapi risiko sekiranya keadaan menjadi buruk.
  • Peluang untuk merancang keperluan cukai adalah terhad kerana anda tidak boleh mengasingkan keuntungan atau kerugian perniagaan yang dibuat dengan ahli keluarga dan anda sendiri adalah bertanggungjawab untuk membayar cukai ke atas semua pendapatan yang diperolehi.

2. Perkongsian

Bentuk entiti ini adalah apabila dua orang atau lebih ingin menjalankan perniagaan bersama-sama. Walau bagaimanapun, bilangan maksimum orang yang dibenarkan dalam perkongsian adalah 20. Sama saperti Keempunyaan Tunggal, liabiliti untuk Perkongsian juga tidak terhad.

a. Akta Perkongsian 1961

Tidak seperti Keempunyaan Tunggal yang tidak mempunyai Akta khas, semua Perkongsian dikawal oleh Akta Perkongsian 1961. Sekiranya rakan perkongsian membuat perjanjian mereka sendiri, perjanjian itu akan diguna pakai. Walau bagaimanapun, bagi perkara-perkara yang tidak termasuk dalam perjanjian itu, peruntukan tertentu dalam Akta Perkongsian akan diguna pakai. Dalam Akta Perkongsian, peruntukan utama menyatakan yang berikut:

  • Semua keuntungan atau kerugian dikongsi sama rata.
  • Rakan perkongsian tidak layak menerima faedah atas modal yang disuntik ke dalam perkongsian
  • Semua rakan kongsi berhak untuk mengambil bahagian dalam menguruskan perniagaan.
  • Rakan kongsi tidak layak mendapat gaji.
  • Pinjaman atau pendahuluan wang daripada rakan kongsi untuk perniagaan akan dikenakan faedah pada kadar 8% setahu
  • Kebanyakan keputusan perniagaan memerlukan persetujuan majoriti rakan perkongsian. Walau bagaimanapun, perubahan jenis perniagaan memerlukan persetujuan semua rakan perkongsian
  • Perkongsian mesti ada perjanjian yang menyatakan persetujuan apabila rakan kongsi dikehendaki untuk keluar dari syarikat.
  • Semua rakan perkongsian sedia ada hendaklah memberi izin jika mereka mahu membawa rakan baru masuk ke dalam perniagaan.
  • Semua Akaun dan buku hendaklah disimpan di tempat utama perniagaan dan disediakan kepada semua rakan-rakan. Semua rakan kongsi dibenarkan untuk menyimpan satu salinan akaun.

b. Kelebihan

  • Mudah dan murah untuk ditubuhkan
  • Keperluan laporan minima.
  • Tanggungjawab pengurusan / kakitangan dikongsi bersama
  • Lebih banyak peluang untuk merancang cukai daripada berbanding dengan seorang peniaga tunggal (seperti pemisahan pendapatan antara ahli keluarga)
  • Bahagian kerugian disebabkan cukai perniagaan boleh diofsetkan dengan lain pendapatan peribadi, tertakluk kepada syarat tertentu
  • Gabungan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan boleh menyediakan produk / perkhidmatan yang lebih baik.
  • Mudah untuk dibubarkan atau mudah untuk anda keluar dan mendapatkan semula saham anda.
  • Akses kepada modal.
  • Rakan kongsi bukan pekerja. Sumbangan persaraan dan insurans pampasan pekerja tidak akan dibayar untuk keuntungan atau pendapatan rakan perkongsian.

c. Kelemahan

  • Potential for disputes over profit sharing, administrative control and business direction. Pertikaian mudah berlaku mengenai keuntungan perkongsian, kawalan pentadbiran dan hala tuju perniagaan.
  • Rakan kongsi mempunyai liabiliti bersama dan berasingan. Ini bermakna bahawa setiap rakan kongsi adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang dan liabiliti yang ditanggung oleh rakan lain - dengan atau tanpa pengetahuan mereka.
  • Perubahan pemilikan adalah sukar dan secara amnya memerlukan penubuhan satu perkongsian baru.

3. Syarikat Sendirian Berhad

Di dalam Malaysia, jenis syarikat yang paling biasa ialah syarikat berhad yang dihadkan oleh syer. Syarikat ini diperbadankan dan dikawal oleh Akta Syarikat, 1965. Syarikat yang dihadkan oleh syer akan membawa "Sdn Bhd", "Sendirian Berhad" di belakang nama mereka mengikut Seksyen 22 (4) daripada Akta.

Maksud syarikat swasta terhad ialah liabiliti ahlinya terhad kepada jumlah saham yang mereka pegang dalam syarikat. Sebagai contoh, jika saham Encik Tan di dalam syarikat Sdn Bhd berjumlah RM10, 000.00, dan dia telah membayar semua saham sepenuhnya, secara umum, beliau tidak mempunyai liabiliti lebih dari jumlah sahamnya di dalam syarikat Sdn Bhd itu.

Sesebuah syarikat sendirian berhad hanya boleh ditubuhkan jika-memorandum dan tataurusan menyatakan:

  • Hak untuk memindahkan sahamnya disekat tertakluk kepada kelulusan pengarah.
  • Menghadkan bilangan ahli-ahlinya tidak lebih daripada 50 (memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang, tetapi membenarkan syarikat lainuntuk memiliki sendiri 100% saham yang diterbitkan)
  • Melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk melanggan apa-apa syer atau debentur syarikat itu
  • Melarang sebarang pelawaan kepada awam untuk memasukkan wang dalam syarikat untuk tempoh yang tetap atau dibayar bila dituntut, dengan atau tanpa faedah.

a. Kelebihan

  • Kelebihan yang paling jelas adalah "perlindungan" liabiliti kepada para pemegang sahamnya di mana pendedahan terhad kepada jumlah modal saham yang mereka melanggan. Mereka tidak bertanggungjawab atas mana-mana amaun hutang luar pegangan saham mereka, dengan syarat tidak ada penipuan atau penyelewengan lain.
  • Satu lagi kelebihan ialah cara yang mudah untuk memindahkan saham yang sedia ada atau mengeluarkan saham tambahan kepada pelabur-pelabur baru. Ahli yang sedia ada boleh memindahkan pegangan saham beliau, secara keseluruhan atau sebahagiannya, melalui penjualan saham (tertakluk kepada kelulusan pengarah). Tidak seperti pemilik tunggal atau perkongsian, di dalam syarikat sendirian berhad tidak ada keperluan untuk menutup syarikat sekiranya berlaku kematian para pemegang saham atau pengarah.

b. Kelemahan

  • Hal ehwal kewangan syarikat-syarikat boleh diakses oleh orang awam
  • Mematuhi Akta Syarikat, 1965. Usaha yang diperlukan untuk mematuhi Akta tersebut adalah lebih daripada usaha pemilik tunggal / perkongsian.
  • Syarikat hendaklah melaksanakan audit ke atas penyata kewangan tahunan.
  • Sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat diperlukan untuk mengurus penyerahan dan pulangan berkanun serta menyediakan minit untuk lembaga pengarah dan menghadiri mesyuarat pemegang saham.
  • Kos penubuhan adalah tinggi, dan ada yuran tahunan yang berulang yang perlu dibayar seperti yuran audit, perakaunan, kesetiausahaan syarikat dan cukai.

Mengapa masih terdapat begitu banyak syarikat persendirian diperbadankan walaupun terdapat banyak kelemahan?

Apabila perniagaan berkembang, jumlah pendapatan dan perniagaan akan meningkat. Pelanggan akan meminta tempoh kredit yang lebih panjang dan had kredit yang lebih tinggi, maka risiko kredit meningkat. Seterusnya, syarikat pula akan meminta pembekal dan bank untuk melanjutkan kemudahan kredit mereka, ini bererti liabiliti menjadi lebih tinggi.

Kelebihan "Perlindungan" Liabiliti terhad yang diberikan kepada para pemegang saham mengatasi semua kelemahan operasi dan kewangan yang disenaraikan di atas.

4. Amanah

Tidak seperti syarikat, sesuatu amanah bukan satu entiti undang-undang yang berasingan. Amanah sering digunakan untuk menjalankan perniagaan bagi manfaat orang lain. Amanah adalah satu struktur di mana pemegang amanah (individu atau syarikat) menjalankan perniagaan bagi pihak ahli-ahli (atau waris) amanah itu. Perniagaan keluarga sering ditubuhkan sebagai amanah supaya setiap ahli keluarga boleh menjadi benefisiari tanpa penglibatan perjalanan perniagaan.

a. Kelebihan

  • Liabiliti berkurangkan - terutama jika pemegang amanah entiti korporat
  • Perlindungan aset
  • Fleksible dalam pengagihanaset danpendapatan

b. Kelemahan

  • · Mahal dan rumit untuk ditubuhkan dan ditadbirkan
  • · Sukar untuk membubarkan, memansuhkan, atau membuat perubahan setelah ditubuhkan terutamanya jika kanak-kanak terlibat.
  • · Keuntungan yang tertangguh untuk dilabur semula ke dalam perniagaan, akan dikenakan kadar cukai penalti.
  • · Tidak boleh membahagikankerugian,hanya keuntungan boleh dibahagikan.

5. Usahasama

Usahasama adalah satu perjanjian perniagaan di mana pihak bersetuju untuk membangunkan, dalam masa tertentu, sebuah entiti baru dan aset baru dengan sumbangan ekuiti.Mereka mengawal perusahaan dan seterusnya berkongsi hasil, perbelanjaan dan aset.Terdapat beberapa jenis syarikat seperti usahasama yang terhad oleh jaminan, usahasama yang dihadkan oleh jaminan daripada rakan kongsi yang memegang saham.

Usahasama yang ditubuhkan mungkin untuk satu projek tertentu sahaja - ia dikatakan lebih tepat lagi sebagai satu konsortium atau hubungan perniagaan yang berterusan. JV Consortium (juga dikenali sebagai perjanjian kerjasama) dibentuk jika satu pihak bertujuan mendapatkan kepakaran teknologi atau perkhidmatan teknikal, perjanjian francais dan penggunaan jenama, kontrak pengurusan, perjanjian sewa dan ''kontrak satu masa”. JV akan dibubarkan setelah matlamat dicapai.

 

Sumber: smecorp.gov.my