×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendidikan

Bantuan Kewangan Asasi

Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pendidikan Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pendidikan Malaysia setelah Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan (dahulunya juga dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi). Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.


Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.

Maklumat lanjut  Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (Bantuan Kewangan Asasi)