×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Soalan Lazim Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Apakah perbezaan antara peperiksaan STPM yang sedia ada dengan peperiksaan STPM yang baharu?
Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung semester.

Apakah ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini?
Ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini ialah:

  1. jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu semester

  2. bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

  3. hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk

  4. calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.