×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendidikan

Panduan Mengikuti Pengajian di Luar Negara

Persediaan sebelum ke Luar Negara

PerkaraPenerangan 
Syarat kelayakan minimum Pelajar mesti memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan. Sila rujuk Sijil Sokongan Luar Negara / Surat Tiada Halangan
Maklumat IPT luar negara Pelajar boleh merujuk ke KPT dan pejabat Education Malaysia luar negara. Sebarang maklumat lanjut  bolehlah melayari laman web IPT luar negara yang berkaitan atau Pejabat Perwakilan Tetap negara berkenaan  di Malaysia.
Pengiktirafan Kursus Pengajian di IPT Luar Negara

Pelajar boleh merujuk status pengiktirafan kursus pengajian dengan melayari laman web berikut: https://app.mohe.gov.my/iktiraf/

Agen Penempatan Pelajar Pihak Kementerian tidak pernah melantik mana-mana agen penempatan pelajar untuk mengendalikan proses penempatan pelajar Malaysia di IPT luar negara.
Permohonan SSLN/NOC  Borang permohonan SSLN / NOC boleh dimuat turun melalui laman web jpt.mohe.gov.my. Borang yang  lengkap  diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Education Malaysia (BEM) untuk diproses.

Maklumat lanjut  Panduan Belajar di Luar Negara