×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Tinggal Melebihi Tempoh

Tinggal di Malaysia Melebihi Tempoh yang dibenarkan

Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

1. Senarai Semak Keperluan

Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:

a. Pasport/dokumen perjalanan (semua mukasurat);

b. Laporan polis (bagi kes kehilangan pasport);

c. Apa-apa bukti  sebab tinggal lebih masa;

d. Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari)

2. Keperluan tambahan bagi Majikan:

a. Majikan perlu hadir bersama dengan pekerja;

b. Surat iringan (Syarikat sahaja);

c. Lesen perniagaan/pendaftaran syarikat;

d. Pengenalan (mykad/Kad Kuning/Kad Pekerja);

e. MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan)

Nota:

BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

 
Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
Tinggal di Malaysia setelah pas/permit tamat atau dibatalkan.

Hukuman
Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau  penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Tindakan Kompaun adalah alternatif hukuman bagi kesalahan di atas.