×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Jenis-jenis Bantuan

KPM telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid-murid prasekolah iaitu peruntukan kewangan murid prasekolah KPM meliputi bantuan makanan dan bantuan per kapita (PCG).

Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.50 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid-murid prasekolah sahaja. Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM300.00 setahun (RM1.50 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,500.00 setahun (RM300.00 x 25 murid x 200 hari).

Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.

 

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Johor