×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Kolej Komuniti

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Peranan Kolej Komuniti boleh dirumuskan seperti berikut:

  1. Menawarkan kursus yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi setempat bagi melahirkan pekerja terlatih serta memberi peluang pendidikan di peringkat akar umbi;
  2. Melahirkan pekerja berpengetahuan dan terlatih selaras dengan konsep k-ekonomi; dan
  3. Peningkatan ilmu serta memenuhi masa lapang melalui kursus pendek.

Program yang ditawarkan:-

  • Program Sijil
  • Program Diploma
  • Program Sijil Kemahiran Khas
  • Kursus Pendek
  • Kursus eRezeki

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti